Pada malam ambang tahun baharu 2017, saya sedang berada di depan kaca tv menunggu siaran langsung perlawanan Kelab Manchester United berdepan Middlesborough. Di ketika itu, chanel 723 astro turut menayangkan filem popular Notting Hill lakonan Julia Roberts dan Hugh Grant. Saya memutuskan untuk merekod tayangan filem itu kerana tidak mahu terlepas aksi kelab Manchester United.
Pengakhiran bagi kedua-dua siaran ini amat dramatik, Manchester United yang hampir kalah dapat menjaringkan gol pada minit 85 dan 86, seumpama menonton semula perlawanan Manchester United dan Bayern Munich final Champions League 1999. Aura kemenangan itu mengimbas kembali segala rasa yang tak terungkap kata. Kisah Notting Hill juga berakhir dengan sesuatu yang dramatis, penuh perasaan apabila Anna Scott memutuskan untuk bersama William Thacker dalam satu sesi temuramah wartawan yang agak berlainan suasananya berbanding dengan filem-filem romantis kebiasaan.
Namun, mood-mood dramatik ini terganggu dengan ledakan sambutan tahun baharu 2017. Ia agak mengecewakan, kerana kita boleh menyambut tahun baharu tanpa mengganggu sesiapapun dan ini yang berlaku sepanjang malam itu. Ada sesetengah 'mereka' memukul gong bertalu-talu dalam tempoh yang agak lama, jam 00:00 bunyi hingga 00:41, tidak cukup itu 'mereka' menaiki motor sambil membawa gong dan memalunya lagi. Ditambah pula, konvoi bermotor sambil membunyikan hon-hon secara kuat amatlah tidak sopan, dan tidak menghormati privasi orang lain. Saya melihat percikan bunga api dan letupan mercun seperti kebiasaan dalam tempoh beberapa minit saja, selesai.
Apa pun, privasi dan perasaan perlu diambilkira apabila kita membuat sesuatu perkara yang mungkin kita rasakan hanya meraikan perayaan tetapi harus berpada agar tidak mengganggu. Sekadar pandangan.
Di saat 00:00 juga berlaku kenaikan harga minyak Diesel rm2.05 seliter / Ron95 rm2.10 seliter, dan pada kebiasaannya saya tidak berpusu-pusu ke stesen minyak walau sudah saya ketahui khabar kenaikan minyak, kerana pada hari-hari berikutnya kita terpaksa membeli minyak dengan harga yang baharu, nampaknya berubah lagi perancangan ekonomi keluarga bagi tahun 2017. Selamat Tahun Baru!
Di saat 00:00 juga berlaku kenaikan harga minyak Diesel rm2.05 seliter / Ron95 rm2.10 seliter, dan pada kebiasaannya saya tidak berpusu-pusu ke stesen minyak walau sudah saya ketahui khabar kenaikan minyak, kerana pada hari-hari berikutnya kita terpaksa membeli minyak dengan harga yang baharu, nampaknya berubah lagi perancangan ekonomi keluarga bagi tahun 2017. Selamat Tahun Baru!