Halaman

Tuesday, September 11, 2012

SELAMAT BERJUANG,


11 SEPT 2012. UPSR berjalan serentak seluruh negara. Di hari ini macam2 riak wajah yang kita lihat, senyum, suka, masam, kelat, lesu...tapi semuanya menuju pada matlamat yang sama iaitu melalui hari getir UPSR. once in a lifetime, so be sure, be focus on what you do..don't think of what we do but the main thing is the way we do...ooo berfalsafah pula..kepada murid2 tahun 6, tempuhilah hari terpenting anda dengan yakin dan percaya anda boleh melalukannya. seluruh doa ibubapa, guru2 akan sentiasa bersama anda yang berusaha dengan gigih selama ini...Good Luck

p/s: kisah lain, saya melalui  UPSR 20 tahun yang lepas, result UPSR membolehkan saya masuk sekolah berasrama penuh..boleh la daripada takda..

Sunday, September 9, 2012

AMARAN

Jika sekali imbas, kita mungkin terlepas pandang pada perihal pentingnya amaran ini. Ada beberapa sebab yang menjejaskan kepentingan amaran ini, pada pendapat saya la. Penggunaan warna, blok, tekanan, ruang dan penulisannya. Namun, usaha2 tuan punya pembuat amaran ini perlu juga dipuji supaya orang ramai alert akan bahaya tersebut.

Ia adalah sebuah tanda amaran bagi orang ramai yang terdapat pada sebuah kandang kera. Lokasinya di sebuah tempat persinggahan perhentian Jalan Kimanis. Sesiapa yang melalui jalan KK-Kimanis-Keningau sudah pasti arif perihal tempat ini. Foto ni saya rakamkan semasa pulang dari KK, saja2..tapi kalau mahukan kepuasan, pergilah ke Wildlife Lok Kawi, mesti best sebab banyak haiwan yang dapat tengok live :) Ok 

Saturday, September 8, 2012

oh Teratai bunga indah



Oh Teratai bunga indah, 
Engkaulah pujaan hati ku,
Telah lama aku rindukan,
Wahai teratai bunga indah...

Serangkap ungkapan daripada lagu Teratai..tapi gambar teratai ni saya tangkap di sebuah kolam buatan depan rumah ibu mentua..teratai ni palsu, plastik saja tapi dari kejauhan macam real..sekali tengok dekat2 rupanya dummy saja untuk ikan2 tu bermain2..apapun cantik juga dari pandangan mata..kalau teratai hidup, pasti lebih cantik..itulah beza ciptaan manusia dan Ciptaan Tuhan...kita hanya menikmati dan syukur :)

Kenapa?

Kenapa?Kenapa? Masih ada pemandu yang tidak faham undang-undang jalanraya, seperti di dalam pic di atas. Kisahnya, semasa memandu menuju ke tempat kerja, tiba-tiba saja sebuah kenderaan nak masuk simpang ke sebuah sekolah ikut suka hati saja...adakah pemandu itu buta warna? buta hati? kalau la saya memandu laju lebih daripada had kelajuan kawasan sekolah sudah tentu berlaku kejadian tak diingini..sudah la pemandu tu ikut suka hati saja masuk simpang, takda bagi signal, dah salah buat2 tak tahu pula..inilah manusia yang selalu ikut perasaan...selalu tidak pandang kiri kanan, depan belakang..nasihat saya kita sama2 pemandu kenalah berwaspada bertimbang rasa dan ikutlah peraturan jalanraya, dalam hidup ni kalau tak ikut peraturan banyak perkara tidak menjadi...bukanlah nak jadi hamba peraturan, tapi jika ia mementingkan keselamatan semua pihak, apa salahnya...Fikir untuk kebaikan bersama TQ

Wednesday, September 5, 2012

Melukis guna Paint secara amatur

Saya suka lukisan, tapi yang kurangnya saya tiada bakat melukis...kebanyakan lukisan yang pernah saya lukis semuanya serba tidak kena, mungkin inilah yang dikatakan 'KERASTANGAN' bukannya 'KRAFTANGAN' . Namun begitu saya tidaklah putus harapan terus..satu hari saya cuba2 la kacau Paint dalam PC saya, yalah tak pernah dijengah pun selama-lama saya memiliki komputer, saja la cuba2 bakat yang tidak seberapa, ada beberapa lukisan ringan yang berjaya dihasilkan, bolehla untuk anak2 tengok2 tanya2, dan mula dari hari itu saya cuba berinspirasi mencungkil bakat saya sendiri melalui Paint, best juga lama2 bermain-main di Paint ni, nanti boleh saya tunjukcara pada anak saya, kalau2 dia berminat...

so, inilah dia lukisan tersebut....


Tuesday, September 4, 2012

Honda Merah

Honda Merah!? Bukanlah, Honda EX5 Merah, saja bikin gempak...dengan status orang2 macam saya ni mana la mampu memiliki Honda Merah, berbuih nanti membayar bulanannya, nak membayar bulanan ex5 ni pun merangkak-rangkak...tapi time nak angkat motor ni memang keperluan la, tak bayar deposit pun, main angkat gitu saja :) tapi interestnya mahal la, sekarang ni meternya baru 1700, bukan jauh mana pun bermotor ni...rasa macam membazir, sebab pakainya kurang...time Jumaat kompom pakai la...banyak kelebihan motor ni kalu difikir2, minyak jimat, masa terjamin (sesak), parking kompom dapat, roadblock? :) bagi yang tiada lesen, boleh lepas juga, tapi kekurangannya pula nak bawa anak bini tidak boleh (kecuali sarkas), nak bawa barangan banyak pun tidak boleh, kalau hujan alamat la..basah, kalau terik sangat...alamat la masak...semuanya ada pro-kon...terpulang pada si penunggang, jadi pandulah dengan cermat...

Beraninya sang burung...



Fenomena ni mungkin biasa bagi kebanyakan kita yang melihatnya, kita mungkin hanya melihat pada zahir sesuatu sahaja...sekadar pendapat. mari kita selami apakah sebenar yang boleh kita cerita2 daripada perbuatan sang burung ni..sewaktu merakam aksi sang burung ni saya pun kurang ambil tahu apakah spesisnya :) mungkin tak sempat bermain dalam fikiran saya...tapi itulah tiap kali ada burung yang singgah pada kabel elektrik itu, saya kadangkala teringat satu pesanan orang-orang tua di kampung zaman kanak2...biasala orang-orang tua ni suka berpesan, salah satunya mereka pernah berkata, "kamurang jangan main dekat tiang letrik tu, nanti kamurang kena karan!!! betul juga, masa tu kan mana boleh berfikir menjangkau sekarang ni, banyak falsafah...saya pun selalu berpesan pada anak sulung saya supaya tidak bermain dekat tiang letrik, sebenarnya bimbang sesuatu yang tidak dijangka, tiang tumbang ka, putus kabel ka...macam2 la yang tidak dapat diduga bagi perkara mendatang ni...apapun sang burung juga berani!!!

Air...Bermeter


Selalunya saya mendengar orang berkata" kalau tiada elektrik boleh tahan lagi, tapi kalau tiada air...tidak boleh tahan!". betul la, air ni keperluan manusia yang berharga..bayangkan seminggu tiada elektrik rasanya kehidupan harian akan berjalan seperti biasa cuma kurang selesa, tapi jika air tiada walau sehari, fuhhh macam-macam pun 'stuck'...nak itu nak ini, sentiasa kurang saja...samala dengan air meter di rumah saya, kelmarin hingga hari ini masih putus bekalan, dah laporkan tapi kita tunggu sajala, biar kontraktor bertauliah uruskan, penat la hari2 mau report...hihi

kalau air meter ni, nak kira berapa bayarannya tiap bulan hanya rujuk pada nombor background putih tu saja, jangan kira yang merah tu...alamatnya silap besar la..macam baru-baru ni saya tersilap tengok, siap hantar online kiraan meter yang merah tu, sampai juga RM70...waduh2 gawat...bagaimanapun akan saya terangkan pada Jbtn Air nanti, yelah bukan disengajakan, tapi sengaja tidak sengaja air masih belum muncul2 ni, panas satu badan, dah la musim kemarau ni hihi...Gunalah air dengan cermat...

Mini Kandang Ayam 2'x3'


Ayam, bermacam ayam..ada ayam kampung ayam bandar..tapi ayam dalam kandang ni ayam kampung..diberi oleh pakcik saya dari Ranau..mula-mula tu kandang ayam tiada langsung, jadi fikir punya fikir saya cari la material untuk pelihara ayam ni, kesian juga ya takda kandang hehehe...

akhirnya saya jumpa material buat kandang ni sekitar rumah la, bahan2 terpakai daripada pembinaan rumah daya dulu. boleh la, daripada tiada.

Materialnya: kayu 2''x2'', kayu 1''x4'', besi 12y(kalu tak silap), jaring besi (1M:rm10 = 4M:rm40), paku 1/2'', paku 2''...

ukuran kandang hanya 2'(tinggi) x 3'(lebar). projek ni bermula 27Ogos berakhir 1sept...fuhhhhh!!!!penat juga la sebab saya bukannya pandai bertukang, main belasah ja semua tu...tapi puas juga la sebab berbaloi untuk si ayam jagoan ni..anyway, projek seterusnya akan saya fikir2 dulu...TQ

Monday, September 3, 2012

Mencari jalan pulang

Ngiau!Ngiau!Ngiau!Ngiau!
Dari pagi bising, cari2 akhirnya jumpa dekat semak belakang rumah...bila panggil lari..tak tahu siapa punya kucing daaa...pandai2 la cari jalan, kucing ni ada sense yang kuat untuk mencari jalan pulangnya sendiri, kalau tidak pun tuan punya kucing rajin2 lah cari kucing ni, kesian...








Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

:) Saya pernah mendengar, dalam sebuah gambar boleh menceritakan pelbagai kisah..apa yang dapat saya ceritakan pada gambar di tersebut hanyalah berkisar satu penaiktarafan sebatang jalan kampung berhadapan dengan rumah saya...pagi Sabtu itu hingar-bingar, hiruk-pikuk kedengaran di luar rumah, rupanya ada jentera masuk untuk menaiktaraf jalan..ok la, bagus juga dijeling-jeling dipandang-pandang. Luas jalan tu hanya 3Meter, panjangnya 1.8Km..bolehlah dilalui sebuah kenderaan pada satu-satu masa, tapi kalu sudah terdesak, belasahlah sampai dua, bergantung pada pemandu. Bagi saya yang tiada pengalaman bekerja dalam pembinaan jalan, peluang ni lah time relax2 di rumah tengok2 cara pembinaan jalan, tidak susah tengok saja, yang penat pekerja..

Pekerja sedang menyiapkan jalan..













jalan yang sudah siap...