Assalamualaikum wbt
bertemu di hari mulia bulan mulia penuh keberkatan ini...setelah hampir dua bulan tidak menjenguk blog akibat kesibukan dan itu ini yang sudah lumrah..nampaknya pengurusan masa saya masih tidak sebaik yang dijangka..pengemaskinian blog hampir2 tiada dalam fikiran...agaknya ni lah hambatan masa kerana tidak dapat mengaturnya sebaik mungkin...
hari-hari berlalu tanpa disedari bulan mulia Ramadhan hampir pasti meninggalkan kita...kenikmatannya entah bila lagi akan kita rasai...adakah waktu menanti kita kelak atau pada ketika ini kita akan ditinggal pergi...semuanya ketentuan Ilahi..kita hanya merancang seadanya...
sekadar menyoal diri, apakah yang diertikan sebagai hampir lupa itu sesuai pada manusia yang gagal mengatur masa atau; apa mungkin kalimah Alpa sebenarnya lebih tepat? hanya kita sendiri yang mampu orang mwnjawabnya..orang lain mungkin boleh menjawab dengan menduga, tapi apa yang ada di dalam minda kita sebenarnya hanya kita yang tahu, dan sudah tentu Ilahi...selalu saya menjumpai frasa bahawa manusia itu memang pelupa kerana daripada nisbah nama manusia ini sendiri..jadi apakah kita perlu menukarnya kepada maksud yang lebih baik supaya kita sentiasa ingat atau berhati-hati atau teliti...bagi saya jangan menilai pada nama, tapi entiti pada yang pada sang tubuh...semuanya menjurus kepada sikap dan nafsu manusia yang tidak dapat dikawal sebaiknya...pendapat saya sahaja..barangkali atau tidak itu terpulang pada akal...untuk menilai
ingat mengingatkan lah sesama saudara, sahabat handai..insya Allah dipermudahkan...
No comments:
Post a Comment
ikan tenggiri ikan yu,
terima kasih thank you.