Halaman

Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU

TERIMA KASIH, THANK YOU, SYUKRAN, PONSIKOU
  
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
 
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
 
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
 
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
 
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
 
USMAN AWANG 
1979


Thursday, April 18, 2013

17 of APRIL


yesterday was my 33rd 17 of april...
today is my 33rd 1day...
no one is more excited than me...
when its come through a year...
it'll be special...
those days turns to history...
today tomorrow who'll know...
but it'll be starting over again and again...  

Saturday, April 6, 2013

Yearning and Rememberance



Revisit what was once the main route  
while still working in KK ...
Tanjung Lipat - Likas Road. 
It recalls memories of riding 
a Honda EX5 motorcycle with license L...
and then sat facing the South China Sea 
that sometimes calm; sometimes violent; 
sometimes hot; and sometimes cold...
the best is while eating snacks.  
Now, many changes have alternately filled the beach,  
even more and more people. 
time to yearn and remember those days...

Retorik dan Analogi?


Hendak belayar ke Teluk Betong,
Sambil mencuba labuhkan pukat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Baik-baik memilih ikan,
Jangan terpilih ikan gelama;
Baik-baik memilih intan,
Jangan terpilih batu delima.
 
Orang hulu memalu nobat,
Nobat dipalu kayu berangan;
Fikir dahulu sebelum buat,
Kalau dibuat menyesal jangan.

Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur
 
Kalau tidak kelapa puan
Tidak puan kelapa bali
Kalau tidak pada tuan
Tidak tuan* siapa lagi?

al-Hijamah @ Cupping @ Berbekam


Assalamualaikum wbt

Cuti sekolah minggu yang sudah, kami sekeluarga berziarah ke Ranau kerana diadakan majlis pengubatan lahiriah dan batiniah khasnya. salah satunya BERBEKAM.

   Banyak hadis yang menjelaskan tentang berbekam ini antaranya;
“Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit” (Hadis riwayat At Thabrani)

Hakikatnya, ustaz Shahril yang menjalankan sesi pengubatan ini juga menjelaskan perkara serupa..dan banyak jugalah info2 serta tarbiyyah secara tidak langsung kepada keluarga ketika itu. al-hamdulillah semuanya berjalan dengan baik. saya banyak juga bertanya itu ini tentang bekam ni, secara tidak langsung jugala ustaz berkongsi dengan saya cara pengubatannya. nampak mudah tapi perlu ketelitian terutama sekali ketika membuat tusukan jarum, bukan main cucuk saja. perlu juga tahu tentang titik-titik urat dalam badan ni kalu tersilap boleh bengkak satu badan ni.

berdasarkan pemahaman saya, berbekam ni boleh dilakukan bila2 masa, tapi paling afdal semasa pertengahan bulan (jika salah tolong betulkan). sebab masa itulah darah toksik ni terkumpul dan boleh memudaratkan. berbekam juga tidak hanya untuk keluarkan darah toksik atau angin tapi boleh juga merawat pelbagai penyakit antaranya terkena sihir. antara yang mendapatkan khidmat bekam ini ialah adik saya, pakcik dan nenek. pakcik dan nenek hanyalah rawatan bekam biasa iaitu mengeluarkan darah toksik dan angin. cuma fokus rawatan adalah adik saya, dan ia memang terdapat sedikit perbezaan.

sedikit kesan dan hikmah berbekam yang sempat saya tanyakan pada ustaz.
  • rawatan gangguan sihir dan saka
  • menjaga kesihatan tubuh, 
  • menghilangkan keletihan dan  kelesuan 
  • meningkatkan daya tahan tubuh
  • membuang angin dalam badan
  • membuang darah yang mengandungi toksik
  • sakit-sakit sebelah bahu 
  • alergik makanan dan kembung perut
  • kolesterol dan masalah Jantung
  • migrain dan tension
  • stroke
Jika ada yang berminat mahu berbekam maka tetapkan niat, Insya Allah.

Tuesday, April 2, 2013

RANAU - TAMBUNAN






Cuti sekolah baru2 ini kami sekeluarga menziarahi Odu di Ranau. ada majlis sikit, tapi kecil2an saja. so, dalam perjalanan dari Tenom-Kgau-Tambunan-Ranau saya sempat rakam pemandangan sekitarnya. sejuk saja...nyaman.tapi dalam gambar memang ada beza sama yang kita tengok live..tempat ni kalu nda silap dekat2 sana Kg.Lagkau...sebab menyinggah lagi beli tuhau sama sambal belacan..cuma yang agak tidak menyenangkan hati, jalanrayanya masih perlu diperbaiki supaya pemanduan pun selamat..anyway, enjoy the nature.

Monday, April 1, 2013

Grilled!!!



Sebenarnya bukan mau tunjuk masakan yang tidak seberapa, cuma kongsi cerita sikit pasal Electric Grill. itulah nama alat memasak yang saya gunakan. saya beli daripada Lazada.com, dengan harga yang boleh tahan la...kalu berkenan jenguk2 la di lazada.com mana tau ada barangnya keinginan hati...bagus juga guna benda ni, kurang berasap dan hitam sebab arang...cuma taste yang masih baru pada lidah..dan senang saja mau guna, tidak perlu susah hati...gambar besar tengah2 tu ada tiga jenis sambal, saya beli di jalan Ranau-Tambunan tempoh hari. yang kanan namanya sambal belacan, tengah tuhau goreng, dan kiri tu tuhau asli la...memang kena la dengan grilled paha ayam sama sosej ni...fuhhh...jangan cuba2 kalu nda mau penangan tuhau sama sambal ni, kalu sudah kena jangan main2, sediakan air sirap la bikin kasi reduced tu pedas..bah jemput makan...

Sunday, March 31, 2013

Tenom - KK

Kembara dari Tenom menuju KK, memang banyak tempat la yang boleh disinggah. Scene di atas, satu perhentian di puncak Kimanis kalu tidak salah saya. Tempat ni memang nyaman, sejuk saujana mata memandang. kalu pegi tandas, boleh tahan la sejuknya tapi memang best. Kereta pun buli tumpang rileks la sebab jalan pun mencabar juga tu. kita pun boleh relaks kejap amik angin tapi jangan sampai kembung perut nanti payah pulak.

 
  Scene yang ini pulak sebuah tempat persinggahan yang saya lupa namanya. tapi anak saya selalu sebut tempat yang ada buaya katanya. sebab anak saya suka tengok binatang2 yang ada di sini. jadi mau nda mau terpaksa mengalah sama anak la. kasi puas hati. dalam entri sebelum ada juga saya ceritakan pasal satu tempat persinggahan jln Kimanis, cuma nda detail sangat tapi semua orang tau tempat ni jika melalui jalan Kk-Kimanis-Kgau. kompom limpas punya, dan kompom berhenti sekejap lepaskan penat dan lepaskan macam2 la, tapi yang penting 
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT.  




Automatic Gate

Automatic gates.  
This scene I recorded at my mother in law house. It was a very exciting because there is no such experience like that I went through. In the past, we may have experienced how to open the gate made ​​from bamboo or wood, iron manually. But now, everything is at your finger tips ... just press the button on the remote, then the gate will automatically move. However, the situation in the picture above are in need of electrical power, if not we should have to move the lever manually. However, it all depends on our self, if you want to install the manual or automatic gates then the most important is  
COST / EXPENSES=$

Wednesday, January 23, 2013

Berbudi pada tanah

Ada sebuah buku cerita bertajuk Berbudi Pada Tanah pernah saya baca bertahun dulu...pada saya; moral cerita buku itu, hendaklah rajin berusaha untuk mendapatkan hasil. Memang betul, tanaman sayur dalam pic ni diusahakan secara kecil2an untuk keluarga saja. jadi tidakla penat mau pigi pasar tapi kadang2 pigi pasar juga sebab mau tukar selera.

kalu dulu2, ramai orang suka menanam sayur belakang rumah, kompom ada batas buat tanaman sayur. sekarang ni ada kurangla, mungkin masa terlalu pantas hingga tidak sempat menanam. macam saya pun tidak menanam, semangat saja. esok2 hilang pula semangat, hehe hangat t**i ayam pula. takpa yang penting semangat urang bilang, namun selalukanlah makan sayur, kalu tidak pun minumla supplement macam Chlorophyl dari K-link..

Seekor Labi-labi

Labi-labi ni agak besar jugala saiznya, saya anggarkan 2'x3' juga..anggaran saja. tapi tidak tahu pula berapa usianya, kalu pokok kayu senangla skit mau kira usia berdasarkan lapisan..takkanla mau dibelah kepala labi-labi ni, nanti 'the end' pula. 
 
Kalu dulu-dulu, zaman kanak-kanak la, saya suka ikut si Odu pigi 'moniud'. Ada kepuasan kalu dapat tangkap sada, gipan, tongkuyu apalagi kalu labi-labi. yang lain-lain memang dimasak kasi rasak, jadi santapanla kecuali labi-labi, biasanya piara saja. tapi skarang ni, hanya aktiviti melihat sajala..nda suda pigi sungai moniud ka mamarasak ka memancing, rindu pula bau-bau itu sada, gipan om tongkuyu..mangkali, ni tangan lebih banyak di laptop sama komputer saja.


Monday, January 21, 2013

2 in 1

2 in 1, bukan nescafe mahupun teh tarik, tapi jeng jeng jeng..Lampu berkipas atau Kipas berlampu..bolehkah? Mana-mana la ikut sedap mulut la mau namakan benda ni. Benda ni sangatla didambakan pada waktu malam terutamanya bila 'blackout' satu kampung. 'Blackout' tentunya tiada lampu/kipas yg akan berfungsi, jadi ambil benda ni tekan pada suis seblah kanan-kiri tu,kompom hidup. Kalau tak hidup, alamatla casnya abis...so dah ada letrik nanti charge kan la benda ni. Ia sangat2 la mampu milik bagi semua orang, rm25 saja. 


p/s: dulu beli di Wisma Merdeka KK..

My UCA 2 (HSE)

My house is still in the process of completing kitchen cabinets, other things such as installing grill, curtain railing, cloth steel hanger, electrical appliances are 99% completed. As in the picture above, the cupboard in the 2nd room, a dining table and shoe rack has been moved to our first house. Why? B'COZ in order to reduce congestion in a relatively small house in the name of a condo. This tactic works because it gives a little breath for my family. In any situation, it remains as a home where we can seek shelter. Syukur apa yang ada.

****************************************************************************************************** 
23rd March
 

 Based on the recent renovation progress now, it reach 99.99 percent so far. The contractors have not installed yet a tool for drying cloth. I also have been promised a stove. However, I am very satisfied with the kitchen cabinet, grill installation and the maintenance of lighting and fan. Hopefully all the renovation work will be fully completed in April.

Confusing Sharpener?


Sharpener atau pengasah pensel...saja taruh confusing sebabnya lihat pada simbol berwarna biru. Sudah agak lama guna pengasah ni, tapi baru dua ka tiga hari lepas perasan simbol tu..kurang peka la nampaknya pada keadaan sekeliling. Rumusan saya, lelaki dan perempuan sama2 beruntung dapat guna alat ni...   :)

Tuesday, January 15, 2013

KL

Kuala Lumpur senyumanmu
Dipagi ini
Sungguh bererti
Kerna cinta bersemi lagi
Setelah kemarau panjang


After almost 10 years my last journey at KL, Dec 2012 I came again to re-look, re-visit, re-new, re-place the memories that been  crosses my mind. and this time, I'm not alone but equals 10 people to the 10 years..
the journey continues............


****************************************************


Pada hari ini 25 Mac, saya sempurnakan Sisipan perjalanan yang bersejarah :

11DEC : KKIA FLOWN TO KLIA 12DEC KL : (ZOO NEGARA - KL TOWER - MENARA BERKEMBAR) ; 12DEC S'GOR : (SUNWAY LAGOON) 13DEC MELAKA : (A'FAMOSA RESORT - TELAGA HANG LI PO - KOTA A'FAMOSA - MINI MALAYSIA & ASEAN CULTURAL PARK) ; 13DEC S'GOR : (i-CITY) 14DEC KL : (JALAN MASJID INDIA - JALAN TUANKU ABD RAHMAN) 15DEC KL : (SOGO) ; 15DEC S'GOR : (SATE SAMURI KAJANG) 16DEC KL : (PWTC_KONVOKESYEN OUM) 17DEC KL : ( JALAN MASJID INDIA - PUTRAJAYA) ; 17DEC KLIA BACK TO KKIA


Fuhhhh......kalu mau cerita memang banyak la, sebab itu saya ringkaskan perjalanan bersama keluarga ni dalam bentuk teks pendek berwarna dan gambar2 nya sekali.....dalam banyak2 kisah, bersama keluarga adalah kisah yang sangat2 manis tidak kiralah kita berada di mana2, yang penting spent your time with family. sekejap ka lama ka yang penting bersama mereka. kerana, kita tidak tau bila lagi kenangan manis ini berulang..jadi NIKMATILAH hidup bersama mereka yang kita SAYANGI, walau bukan di mulut ucapan sayang itu tapi sentiasa di HATI....

Wednesday, January 9, 2013

SALAM 2013


Salam bertemu semua...saja ja tampal tahun 2013 di atas ni..bukan apa cuma menghitung berapa usia kita ketika ini...kadang-kala tertanya, sudah cukupkah segala yang diinginkan, sudahkah kita sudahkan apa yang pernah kita rancangkan...bagaimana dengan mereka, anak-anak dan keluarga...bagaimana pula nanti kemenjadian di masa mendatang, apakah telah benarkah jalan yang kita sedang jelajahi ini, dan jika jejak langkah kita ini tepat; kenapa masih banyak simpang siur yang warnanya hitam, putih, merah, biru, hijau...hendak menyimpangkah? atau jalan terus meninggalkan kekusutan itu...atau berhenti saja berserah dan terserah dan menyerah...bila saja kita usap rambut di kepala, kelihatan berdebu dan berguguran rambut-rambut ke belakang...memandang pada cermin dan berkata separuh daripada rambut-rambut ini sudah meninggalkan kehitamannya dijamah si kelabu dan si putih...di jendela masa kita meneropong dan menerobos jauh ke sudut silam yang penuh pelbagai maksud...kerana padanya kita mengetahui sesuatu walaupun kita menjadi sebahagian daripadanya, kita hanya dapat merungkainya apabila sudah menapak ke destinasi yang seterusnya...lihatlah masa yang selalu membuat kita tidak pantas berfikir akan adanya kita pada waktu itu hanya ilusi, kita hanya sedar bila masa meneriakkan kita bahawa kita harus maju ke dimensi dan harapan baharu...Dan sekian kalinya, ayuhlah meneroka dan menyimpan cerita hari ini untuk diselitkan dalam WACANA HIDUP kita yang sudah tentu belum ada kepastiannya, tapi NOKTAH HIDUP sudah tentu pasti, bila? Bila-bila saja...