Assalamualaikum wbt
Cuti sekolah minggu yang sudah, kami sekeluarga berziarah ke Ranau kerana diadakan majlis pengubatan lahiriah dan batiniah khasnya. salah satunya BERBEKAM.
Banyak hadis yang menjelaskan tentang berbekam ini antaranya;
“Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit” (Hadis riwayat At Thabrani)
Hakikatnya, ustaz Shahril yang menjalankan sesi pengubatan ini juga menjelaskan perkara serupa..dan banyak jugalah info2 serta tarbiyyah secara tidak langsung kepada keluarga ketika itu. al-hamdulillah semuanya berjalan dengan baik. saya banyak juga bertanya itu ini tentang bekam ni, secara tidak langsung jugala ustaz berkongsi dengan saya cara pengubatannya. nampak mudah tapi perlu ketelitian terutama sekali ketika membuat tusukan jarum, bukan main cucuk saja. perlu juga tahu tentang titik-titik urat dalam badan ni kalu tersilap boleh bengkak satu badan ni.
berdasarkan pemahaman saya, berbekam ni boleh dilakukan bila2 masa, tapi paling afdal semasa pertengahan bulan (jika salah tolong betulkan). sebab masa itulah darah toksik ni terkumpul dan boleh memudaratkan. berbekam juga tidak hanya untuk keluarkan darah toksik atau angin tapi boleh juga merawat pelbagai penyakit antaranya terkena sihir. antara yang mendapatkan khidmat bekam ini ialah adik saya, pakcik dan nenek. pakcik dan nenek hanyalah rawatan bekam biasa iaitu mengeluarkan darah toksik dan angin. cuma fokus rawatan adalah adik saya, dan ia memang terdapat sedikit perbezaan.
sedikit kesan dan hikmah berbekam yang sempat saya tanyakan pada ustaz.
- rawatan gangguan sihir dan saka
- menjaga kesihatan tubuh,
- menghilangkan keletihan dan kelesuan
- meningkatkan daya tahan tubuh
- membuang angin dalam badan
- membuang darah yang mengandungi toksik
- sakit-sakit sebelah bahu
- alergik makanan dan kembung perut
- kolesterol dan masalah Jantung
- migrain dan tension
- stroke
No comments:
Post a Comment
ikan tenggiri ikan yu,
terima kasih thank you.