Halaman

Thursday, April 18, 2013

17 of APRIL


yesterday was my 33rd 17 of april...
today is my 33rd 1day...
no one is more excited than me...
when its come through a year...
it'll be special...
those days turns to history...
today tomorrow who'll know...
but it'll be starting over again and again...  

Saturday, April 6, 2013

Yearning and Rememberance



Revisit what was once the main route  
while still working in KK ...
Tanjung Lipat - Likas Road. 
It recalls memories of riding 
a Honda EX5 motorcycle with license L...
and then sat facing the South China Sea 
that sometimes calm; sometimes violent; 
sometimes hot; and sometimes cold...
the best is while eating snacks.  
Now, many changes have alternately filled the beach,  
even more and more people. 
time to yearn and remember those days...

Retorik dan Analogi?


Hendak belayar ke Teluk Betong,
Sambil mencuba labuhkan pukat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Baik-baik memilih ikan,
Jangan terpilih ikan gelama;
Baik-baik memilih intan,
Jangan terpilih batu delima.
 
Orang hulu memalu nobat,
Nobat dipalu kayu berangan;
Fikir dahulu sebelum buat,
Kalau dibuat menyesal jangan.

Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur
 
Kalau tidak kelapa puan
Tidak puan kelapa bali
Kalau tidak pada tuan
Tidak tuan* siapa lagi?

al-Hijamah @ Cupping @ Berbekam


Assalamualaikum wbt

Cuti sekolah minggu yang sudah, kami sekeluarga berziarah ke Ranau kerana diadakan majlis pengubatan lahiriah dan batiniah khasnya. salah satunya BERBEKAM.

   Banyak hadis yang menjelaskan tentang berbekam ini antaranya;
“Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit” (Hadis riwayat At Thabrani)

Hakikatnya, ustaz Shahril yang menjalankan sesi pengubatan ini juga menjelaskan perkara serupa..dan banyak jugalah info2 serta tarbiyyah secara tidak langsung kepada keluarga ketika itu. al-hamdulillah semuanya berjalan dengan baik. saya banyak juga bertanya itu ini tentang bekam ni, secara tidak langsung jugala ustaz berkongsi dengan saya cara pengubatannya. nampak mudah tapi perlu ketelitian terutama sekali ketika membuat tusukan jarum, bukan main cucuk saja. perlu juga tahu tentang titik-titik urat dalam badan ni kalu tersilap boleh bengkak satu badan ni.

berdasarkan pemahaman saya, berbekam ni boleh dilakukan bila2 masa, tapi paling afdal semasa pertengahan bulan (jika salah tolong betulkan). sebab masa itulah darah toksik ni terkumpul dan boleh memudaratkan. berbekam juga tidak hanya untuk keluarkan darah toksik atau angin tapi boleh juga merawat pelbagai penyakit antaranya terkena sihir. antara yang mendapatkan khidmat bekam ini ialah adik saya, pakcik dan nenek. pakcik dan nenek hanyalah rawatan bekam biasa iaitu mengeluarkan darah toksik dan angin. cuma fokus rawatan adalah adik saya, dan ia memang terdapat sedikit perbezaan.

sedikit kesan dan hikmah berbekam yang sempat saya tanyakan pada ustaz.
  • rawatan gangguan sihir dan saka
  • menjaga kesihatan tubuh, 
  • menghilangkan keletihan dan  kelesuan 
  • meningkatkan daya tahan tubuh
  • membuang angin dalam badan
  • membuang darah yang mengandungi toksik
  • sakit-sakit sebelah bahu 
  • alergik makanan dan kembung perut
  • kolesterol dan masalah Jantung
  • migrain dan tension
  • stroke
Jika ada yang berminat mahu berbekam maka tetapkan niat, Insya Allah.

Tuesday, April 2, 2013

RANAU - TAMBUNAN






Cuti sekolah baru2 ini kami sekeluarga menziarahi Odu di Ranau. ada majlis sikit, tapi kecil2an saja. so, dalam perjalanan dari Tenom-Kgau-Tambunan-Ranau saya sempat rakam pemandangan sekitarnya. sejuk saja...nyaman.tapi dalam gambar memang ada beza sama yang kita tengok live..tempat ni kalu nda silap dekat2 sana Kg.Lagkau...sebab menyinggah lagi beli tuhau sama sambal belacan..cuma yang agak tidak menyenangkan hati, jalanrayanya masih perlu diperbaiki supaya pemanduan pun selamat..anyway, enjoy the nature.

Monday, April 1, 2013

Grilled!!!



Sebenarnya bukan mau tunjuk masakan yang tidak seberapa, cuma kongsi cerita sikit pasal Electric Grill. itulah nama alat memasak yang saya gunakan. saya beli daripada Lazada.com, dengan harga yang boleh tahan la...kalu berkenan jenguk2 la di lazada.com mana tau ada barangnya keinginan hati...bagus juga guna benda ni, kurang berasap dan hitam sebab arang...cuma taste yang masih baru pada lidah..dan senang saja mau guna, tidak perlu susah hati...gambar besar tengah2 tu ada tiga jenis sambal, saya beli di jalan Ranau-Tambunan tempoh hari. yang kanan namanya sambal belacan, tengah tuhau goreng, dan kiri tu tuhau asli la...memang kena la dengan grilled paha ayam sama sosej ni...fuhhh...jangan cuba2 kalu nda mau penangan tuhau sama sambal ni, kalu sudah kena jangan main2, sediakan air sirap la bikin kasi reduced tu pedas..bah jemput makan...