Kelmarin, sambutan sempena Kemerdekaan Malaysia 31 Ogos (walaupun sejarah sebenar tertulis sebaliknya), namun atas semangat setiakawan dan penghayatan semangat Merdeka sesuatu yang dirancang diteruskan sebaiknya dan selayaknya. Antara aktiviti yang sempat dipotret dan dirakam agar anak-anak Merdeka merasakan kesatuan dan kesepaduan sesama masyarakat.
Wednesday, August 31, 2016
Thursday, August 11, 2016
Pengeluaran Pendidikan KWSP
Kita semua melalui sistem pendidikan negara bermula dari peringkat rendah hingga tertinggi. 7 @ 8 tahun di peringkat rendah, 5 @ 7 tahun di peringkat menengah dan peringkat tertinggi 3 hingga 5 tahun atau lebih. Alhamdulillah saya melalui kesemuanya dengan izin Ilahi, so pada 2013 saya telah berpeluang kembali menyambung pelajaran ke peringkat pjj Sarjana @ Master. Mula-mula banyak benda la yang kita fikir, boleh ka tidak melalui peringkat ini, sebab ada yang cakap susah dan macam-macamlah...akhirnya yang saya realize bahawa kehadiran kuliah; menyiapkan tugasan; menduduki exam sama pentingnya dengan MEMBAYAR YURAN...perit juga masa mula-mula, tau sajala yuran pengajian Sarjana ini memerlukan komitmen yang tinggi, akhirnya saya membuat keputusan mengeluarkan wang KWSP saya, untuk tujuan ini.
Langkahnya mudah:
#pergi ke kaunter KWSP dan mulakan soal jawab sehingga benar-benar faham dan pasti apa yang perlu anda lakukan.
atau boleh rujuk portal ini dan muaturun sekali pdf: http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/178612/Risalah_Pendidikan_April_2015.pdf <<= semuanya ada di sini.
*paling senang, minta pihak kewangan institusi pengajian anda sediakan Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar; di dalamnya segala maklumat kewangan dan yuran yang anda perlu jelaskan. Surat ini sangat PENTING. Sekiranya anda telah membayar yuran, anda juga boleh menuntut semula bayaran tersebut ke KWSP, hanya sediakan resit rasmi yuran dan juga Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar.
Untuk rekod saya telahpun menggunakan kemudahan pengeluaran pendidikan KWSP sebanyak 3 kali kerana saya minta KWSP untuk membayar keseluruhan yuran untuk beberapa semester, tapi risikonya saya wajib lulus lah, maka usahakanlah hingga berbaloi.
terima kasih KWSP!
کاون - KAWAN
Lagu Kawan ini dipopularkan oleh kumpulan nasyid Firdaus dengan melodi yang pada pendapat saya evergreen; sedap didengar la katakan...namun saya nukilkan liriknya yang dikuasakan oleh sebuah perinsian online menukar teks jawi-rumi / rumi-jawi yang anda boleh dapati di sini http://www.jawi.ukm.my/...thanks coz very helpful, sebab malas nak buka jawi multikey. dan sebenarnya saya menukilkan lagu ini khas ditujukan buat kawan-kawan yang sudah berpindah tempat bertugas, atau di mana jua berada, asalkan kita KAWAN...
کاون برتاهون کيت برسام
باݢاي سمالم بارو برسوا
کاون ديهاداڤان اوه! اينداهڽا
کيت برسام برکلان
نامون کيت جاءوه دي دنيا سنديري
بکلن سنديري(سماڠت سنديري)
ايمڤين سنديري
مسکي ڤون جاءوه نامون کيت تتڤ برسام
ديک رواڠ يڠ مميسهکن کيت
کاون هيدوڤ اين اومڤام لاڠيت يڠ تيدق سلالو چره
کاون هيدوڤ اين باݢايکن اون يڠ تيدق سلالو ڤوتيه
ايڠاتلاه بينتڠ-بينتڠ دي لاڠيت
تقکن تروس برکليڤن
ايڠاتلاه ڤلاڠي يڠ اينده
ڤستي اکن هيلڠ
کاون برتاهون کيت برسام
باݢاي سمالم بارو برسوا
کاون ديهاداڤان اوه! اينداهڽا
کيت برسام برکلان
نامون کيت جاءوه دي دنيا سنديري
بکلن سنديري(سماڠت سنديري)
ايمڤين سنديري
مسکي ڤون جاءوه نامون کيت تتڤ برسام
ديک رواڠ يڠ مميسهکن کيت
کاون جاڠن بيارکان ديريمو
اومڤام راما-راما
نامون اخيرڽا منجادي ڤرهياسن دي دينديڠ
کاون جاڠن بيارکان ديريمو
سڤرتي ليڤن دان کالا
بربيسا نامون اخيرڽا
منجادي ڤرهياسن دي ميجا توليس
اوه! کاون جاديله سڤرتي سي ماتاهاري
ممباکر ديري دمي انسان سجاݢت
اوه! کاون جاديله سڤرتي بولن ڤورنام
منرڠي مالم يڠ ݢلڤ ݢليتا
منونجوقکن جالن دمي اوممات سمستا
کاون برتاهون کيت برسام
باݢاي سمالم بارو برسوا
کاون ديهاداڤان اوه! اينداهڽا
کيت برسام برکلان
نامون کيت جاءوه دي دنيا سنديري
بکلن سنديري(سماڠت سنديري)
ايمڤين سنديري
مسکي ڤون جاءوه نامون کيت تتڤ برسام
ديک رواڠ يڠ مميسهکن کيت
اوه! کاون جاديله سڤرتي سي ماتاهاري
ممباکر ديري دمي انسان سجاݢت
اوه! کاون جاديله سڤرتي بولن ڤورنام
منرڠي مالم يڠ ݢلڤ ݢليتا
منونجوقکن جالن دمي اوممات سمستا
Namun, perlu juga disemak cara penulisan Jawi online ini kerana saya dapati terdapat perkataan yang perlu diperbaiki contohnya penulisan huruf Nya dan ada beberapa lagi perkataan yang saya fikir ada kesilapan. Tetapi perisian online ini sangat la membantu dan satu usaha yang baik, mudah-mudahan usaha membina perisian jawi online ini mendapat keberkahan Ilahi dan manfaat bagi kita semua, insyaAllah.
p/s: Buat semua Kawan, saya doakan kesejahteraan dan dilimpahi rezeki, dunia akhirat.. Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)