Halaman

Thursday, August 11, 2016

Pengeluaran Pendidikan KWSP

Kita semua melalui sistem pendidikan negara bermula dari peringkat rendah hingga tertinggi. 7 @ 8 tahun di peringkat rendah, 5 @ 7 tahun di peringkat menengah dan peringkat tertinggi 3 hingga 5 tahun atau lebih. Alhamdulillah saya melalui kesemuanya dengan izin Ilahi, so pada 2013 saya telah berpeluang kembali menyambung pelajaran ke peringkat pjj Sarjana @ Master. Mula-mula banyak benda la yang kita fikir, boleh ka tidak melalui peringkat ini, sebab ada yang cakap susah dan macam-macamlah...akhirnya yang saya realize bahawa kehadiran kuliah; menyiapkan tugasan; menduduki exam sama pentingnya dengan MEMBAYAR YURAN...perit juga masa mula-mula, tau sajala yuran pengajian Sarjana ini memerlukan komitmen yang tinggi, akhirnya saya membuat keputusan mengeluarkan wang KWSP saya, untuk tujuan ini.

Langkahnya mudah:
#pergi ke kaunter KWSP dan mulakan soal jawab sehingga benar-benar faham dan pasti apa yang perlu anda lakukan.

atau boleh rujuk portal ini dan muaturun sekali pdf: http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/178612/Risalah_Pendidikan_April_2015.pdf <<= semuanya ada di sini.

*paling senang, minta pihak kewangan institusi pengajian anda sediakan Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar; di dalamnya segala maklumat kewangan dan yuran yang anda perlu jelaskan. Surat ini sangat PENTING. Sekiranya anda telah membayar yuran, anda juga boleh menuntut semula bayaran tersebut ke KWSP, hanya sediakan resit rasmi yuran dan juga Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar. 

Untuk rekod saya telahpun menggunakan kemudahan pengeluaran pendidikan KWSP sebanyak 3 kali kerana saya minta KWSP untuk membayar keseluruhan yuran untuk beberapa semester, tapi risikonya saya wajib lulus lah, maka usahakanlah hingga berbaloi.

terima kasih KWSP!



No comments:

Post a Comment

ikan tenggiri ikan yu,
terima kasih thank you.