Halaman

Monday, September 3, 2012

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

:) Saya pernah mendengar, dalam sebuah gambar boleh menceritakan pelbagai kisah..apa yang dapat saya ceritakan pada gambar di tersebut hanyalah berkisar satu penaiktarafan sebatang jalan kampung berhadapan dengan rumah saya...pagi Sabtu itu hingar-bingar, hiruk-pikuk kedengaran di luar rumah, rupanya ada jentera masuk untuk menaiktaraf jalan..ok la, bagus juga dijeling-jeling dipandang-pandang. Luas jalan tu hanya 3Meter, panjangnya 1.8Km..bolehlah dilalui sebuah kenderaan pada satu-satu masa, tapi kalu sudah terdesak, belasahlah sampai dua, bergantung pada pemandu. Bagi saya yang tiada pengalaman bekerja dalam pembinaan jalan, peluang ni lah time relax2 di rumah tengok2 cara pembinaan jalan, tidak susah tengok saja, yang penat pekerja..

Pekerja sedang menyiapkan jalan..













jalan yang sudah siap... 

Friday, August 19, 2011

hampir lupa atau alpa?

Assalamualaikum wbt
bertemu di hari mulia bulan mulia penuh keberkatan ini...setelah hampir dua bulan tidak menjenguk blog akibat kesibukan dan itu ini yang sudah lumrah..nampaknya pengurusan masa saya masih tidak sebaik yang dijangka..pengemaskinian blog hampir2 tiada dalam fikiran...agaknya ni lah hambatan masa kerana tidak dapat mengaturnya sebaik mungkin...

hari-hari berlalu tanpa disedari bulan mulia Ramadhan hampir pasti meninggalkan kita...kenikmatannya entah bila lagi akan kita rasai...adakah waktu menanti kita kelak atau pada ketika ini kita akan ditinggal pergi...semuanya ketentuan Ilahi..kita hanya merancang seadanya...

sekadar menyoal diri, apakah yang diertikan sebagai hampir lupa itu sesuai pada manusia yang gagal mengatur masa atau; apa mungkin kalimah Alpa sebenarnya lebih tepat? hanya kita sendiri yang mampu orang mwnjawabnya..orang lain mungkin boleh menjawab dengan menduga, tapi apa yang ada di dalam minda kita sebenarnya hanya kita yang tahu, dan sudah tentu Ilahi...selalu saya menjumpai frasa bahawa manusia itu memang pelupa kerana daripada nisbah nama manusia ini sendiri..jadi apakah kita perlu menukarnya kepada maksud yang lebih baik supaya kita sentiasa ingat atau berhati-hati atau teliti...bagi saya jangan menilai pada nama, tapi entiti pada yang pada sang tubuh...semuanya menjurus kepada sikap dan nafsu manusia yang tidak dapat dikawal sebaiknya...pendapat saya sahaja..barangkali atau tidak itu terpulang pada akal...untuk menilai

ingat mengingatkan lah sesama saudara, sahabat handai..insya Allah dipermudahkan...