Halaman

Friday, August 19, 2011

hampir lupa atau alpa?

Assalamualaikum wbt
bertemu di hari mulia bulan mulia penuh keberkatan ini...setelah hampir dua bulan tidak menjenguk blog akibat kesibukan dan itu ini yang sudah lumrah..nampaknya pengurusan masa saya masih tidak sebaik yang dijangka..pengemaskinian blog hampir2 tiada dalam fikiran...agaknya ni lah hambatan masa kerana tidak dapat mengaturnya sebaik mungkin...

hari-hari berlalu tanpa disedari bulan mulia Ramadhan hampir pasti meninggalkan kita...kenikmatannya entah bila lagi akan kita rasai...adakah waktu menanti kita kelak atau pada ketika ini kita akan ditinggal pergi...semuanya ketentuan Ilahi..kita hanya merancang seadanya...

sekadar menyoal diri, apakah yang diertikan sebagai hampir lupa itu sesuai pada manusia yang gagal mengatur masa atau; apa mungkin kalimah Alpa sebenarnya lebih tepat? hanya kita sendiri yang mampu orang mwnjawabnya..orang lain mungkin boleh menjawab dengan menduga, tapi apa yang ada di dalam minda kita sebenarnya hanya kita yang tahu, dan sudah tentu Ilahi...selalu saya menjumpai frasa bahawa manusia itu memang pelupa kerana daripada nisbah nama manusia ini sendiri..jadi apakah kita perlu menukarnya kepada maksud yang lebih baik supaya kita sentiasa ingat atau berhati-hati atau teliti...bagi saya jangan menilai pada nama, tapi entiti pada yang pada sang tubuh...semuanya menjurus kepada sikap dan nafsu manusia yang tidak dapat dikawal sebaiknya...pendapat saya sahaja..barangkali atau tidak itu terpulang pada akal...untuk menilai

ingat mengingatkan lah sesama saudara, sahabat handai..insya Allah dipermudahkan...

Wednesday, June 15, 2011

2 Bulan

setelah hampir 2 bulan, saya kini menyambung semula penulisan blog saya..kesian blog pertama saya ini lama tak jenguk..saya agak sibuk dengan penulisan di site yang lain. dalam tempoh 2 bulan ini, berlalu pelbagai peristiwa, ada seronok dan banyak yang tidak seronok sebenarnya. tetapi hidup mesti terus, walau apa dugaan. apa yang pasti di mana bermula kehidupan di situ bermula kematian. di sepanjang tempoh sebelum menunggu masanya, ambillah peluang yang ada membina keyakinan diri, mencari ilmu, menambah kebajikan dan menunaikan tanggungjawab dengan ikhlas dan berterusan, yakni istiqamah. kadang-kadang bila berkata begini, ada pula orang cakap, {macam bagus}, {temberang saja}, takpa biasa la mulut orang, bukan mulut tempayan. alah bisa tegal biasa. just ignore benda-benda yang tak membina, tak membantu..otherwise kita akan jatuh dan terus jatuh. bagi orang-orang yang sabar, pasti ada ganjaran dari-Nya. Insya-Allah-Insya-Allah-Insya-Allah we find our way..through.