waduh2 gawat nii... dah diserang selsema pula hari ni..seharian bersin, tak tahan la gini..hidung pun dah lembik semacam je..hehe takkan petanda kot...kembang kempis menahan kesakitan sebab byk pula lendir keluar ni...agak2 nya musim hujan yang tak bernoktah ni. semalam kena tempias. untuk anda sila semak gejala selsema ni, manalah tahu, kalau bukan selsema kena gi check kat hospital lekas2...penyakit skg ni tak kira masa...byk pula penyakit baru timbul ni, jadi hati2, jaga kesihatan.
Gejala-gejala
- Kerongkong yang kering dan sakit
- Pengeluaran lendir yang cair
- Bersin.
- Hidung tersumbat.
- Sakit kepala.
- Demam yang ringan.
- Sakit badan.
- Mata berair.
Sebagai petua saya malam ni, kita ambil segelas air panas, bubuh la halia dan gula...kalau nak sedap sikit bubuhla uncang teh ke nescafe ke, then minum apabila suam..jangan minum panas2 kang terbakar lidah ooo...petua ni saya amal dah lama, dan masih berkesan pada saya...jadi jangan tunggu lagi cuba petua apabila terkena gejala selsema...selamat malam semua.