Bertemu lagi malam ini, sejuk terasa sebab hujan..biasalah tu, tapi risau sebab banyak peristiwa yang tidak seronok untuk kita dengar. Kemalangan, bencana alam sudah menjadi lumrah. Bercakap kemalangan ni, saya pernah mengalaminya dan bersyukur sangat2 sebab masih selamat. Apabila memandu musim hujan, terutama kepada penunggang motor berhati-hatilah. Sebagai penunggang motor ni umpama buah timun lawan durian, melanggar pun teruk, dilanggar pun teruk. Kepada pemandu kereta, tolonglah pandang2 kiri kanan kereta mana tahu, sebab kekadang pemandu kereta tak nampak penunggang motor. Kesian pada penunggang motor, pernah saya semasa menunggang motor hujan2 suatu malam, dah lama dah kisah ni..adalah sebuah kereta nak keluar dari simpang, tapi entah lampu motor tak terang sangat kot, tapi yalah takkan pemandu kereta tak perasaan ada biasan lampu..(persoalan)..huhu..sekali kena kat hujung2 macam kena ekor lembu la mau tak terhuyung-hayang motor saya macam orang mabuk..kereta tu berhenti pula..barangkali terkezut..banyakla dia punya terkejut..nasib la tak ter'superman'..kalau tidak alamat la..untuk menghidupkan malam2 yang hujan renyai2 ni, saya tinggal anda semua dengan lagu Hujan oleh Arwah Sudirman..gd n8.
No comments:
Post a Comment
ikan tenggiri ikan yu,
terima kasih thank you.