Tiba2 saya teringat mengenai cerita seorang kawan lama, katanya "kalau nak cari kawan di sesuatu tempat kena pandai bahasanya. Setujukah dengan pendapat kawan saya ini (huhuhu), sebenarnya ada hakikat sebenar di sebalik cerita ni. Kawan saya ni org Utara, dengan pelat Utara fuhh..meriah suasana. Dijadikan cerita, time kitaorang tengah dengar kuliah, timbul pula gurauan kawan saya ni. "Ko kalu nak pikat orang Klate kena cakap Klate," katanya. Saya ni orang Sabah, dah tentu lain cara cakapnya. hehehe..Kawan saya ni tryla cakap Klate dengan pelat Utara huhuhu tungganglanggang bunyinya, sampaikan member dari Klate dengar macam pelik je..Saya tak tahan perut, adooi la..lain sungguh bunyinya. Itu cerita kawan.
Yang ni pula cerita, dengan pensyarah. Kawan saya ni dari Sabah sedang membentang dalam tutorial..adakah patut pensyarah ni tegur kawan saya, "Kita bukan di Sabah bah, kita di Selangor bah." Macam tulah teguran pensyarah kami tu. Lepas tu kawan2 yang lain pun tertanya2, takkan la kita dok Johor, kena cakap Johor, dok Penang kena cakap Penang. huhu lalala...
Pentingnya bahasa adalah untuk komunikasi pelbagai hala..untuk menghubungkan sesama kita manusia. Walaupun saya seorang pendiam, tapi taklah tak bleh bercakap langsung..komunikasi kurang tapi yang penting dapat berhubung dengan orang la..kepada kawan2 lama kalu terbaca kisah ni, bah kenangan mengusik jiwa..hahaha
No comments:
Post a Comment
ikan tenggiri ikan yu,
terima kasih thank you.