Assalamualaikum wbt
bertemu di hari mulia bulan mulia penuh keberkatan ini...setelah hampir dua bulan tidak menjenguk blog akibat kesibukan dan itu ini yang sudah lumrah..nampaknya pengurusan masa saya masih tidak sebaik yang dijangka..pengemaskinian blog hampir2 tiada dalam fikiran...agaknya ni lah hambatan masa kerana tidak dapat mengaturnya sebaik mungkin...
hari-hari berlalu tanpa disedari bulan mulia Ramadhan hampir pasti meninggalkan kita...kenikmatannya entah bila lagi akan kita rasai...adakah waktu menanti kita kelak atau pada ketika ini kita akan ditinggal pergi...semuanya ketentuan Ilahi..kita hanya merancang seadanya...
sekadar menyoal diri, apakah yang diertikan sebagai hampir lupa itu sesuai pada manusia yang gagal mengatur masa atau; apa mungkin kalimah Alpa sebenarnya lebih tepat? hanya kita sendiri yang mampu orang mwnjawabnya..orang lain mungkin boleh menjawab dengan menduga, tapi apa yang ada di dalam minda kita sebenarnya hanya kita yang tahu, dan sudah tentu Ilahi...selalu saya menjumpai frasa bahawa manusia itu memang pelupa kerana daripada nisbah nama manusia ini sendiri..jadi apakah kita perlu menukarnya kepada maksud yang lebih baik supaya kita sentiasa ingat atau berhati-hati atau teliti...bagi saya jangan menilai pada nama, tapi entiti pada yang pada sang tubuh...semuanya menjurus kepada sikap dan nafsu manusia yang tidak dapat dikawal sebaiknya...pendapat saya sahaja..barangkali atau tidak itu terpulang pada akal...untuk menilai
ingat mengingatkan lah sesama saudara, sahabat handai..insya Allah dipermudahkan...
Friday, August 19, 2011
Wednesday, June 15, 2011
2 Bulan
setelah hampir 2 bulan, saya kini menyambung semula penulisan blog saya..kesian blog pertama saya ini lama tak jenguk..saya agak sibuk dengan penulisan di site yang lain. dalam tempoh 2 bulan ini, berlalu pelbagai peristiwa, ada seronok dan banyak yang tidak seronok sebenarnya. tetapi hidup mesti terus, walau apa dugaan. apa yang pasti di mana bermula kehidupan di situ bermula kematian. di sepanjang tempoh sebelum menunggu masanya, ambillah peluang yang ada membina keyakinan diri, mencari ilmu, menambah kebajikan dan menunaikan tanggungjawab dengan ikhlas dan berterusan, yakni istiqamah. kadang-kadang bila berkata begini, ada pula orang cakap, {macam bagus}, {temberang saja}, takpa biasa la mulut orang, bukan mulut tempayan. alah bisa tegal biasa. just ignore benda-benda yang tak membina, tak membantu..otherwise kita akan jatuh dan terus jatuh. bagi orang-orang yang sabar, pasti ada ganjaran dari-Nya. Insya-Allah-Insya-Allah-Insya-Allah we find our way..through.
Sunday, April 17, 2011
17 again
Assalamualaikum..pagi yang ceria sentiasa bersama anda dan saya..
hari ini, genaplah usia ke 31 saya..pejam celik macam cepat saja masa berlalu, seakan baru semalam saya bermain guli di bawah kolong rumah keluarga saya...seakan baru semalam saya menjual kuih di pasar...seakan baru semalam saya pergi ke sungai mandi-manda dengan 'geng mandi sungai' hehehe..balik rumah kena rotan dengan bambu...semua kenangan2 dari budak hingusan masuk hostel kemudian sambung ke menara gading seakan baru saja berlalu tadi...rupanya dah 30-an..anak pun dah nak masuk kedua dah...tak sabar pula lihat diorang ni membesar macam saya hehehe, Insya-Allah...semoga dimurahkan rezeki hendaknya...happy birthday to me.. :)

Wednesday, April 13, 2011
Tuesday, March 29, 2011
Gejala Selsema
waduh2 gawat nii... dah diserang selsema pula hari ni..seharian bersin, tak tahan la gini..hidung pun dah lembik semacam je..hehe takkan petanda kot...kembang kempis menahan kesakitan sebab byk pula lendir keluar ni...agak2 nya musim hujan yang tak bernoktah ni. semalam kena tempias. untuk anda sila semak gejala selsema ni, manalah tahu, kalau bukan selsema kena gi check kat hospital lekas2...penyakit skg ni tak kira masa...byk pula penyakit baru timbul ni, jadi hati2, jaga kesihatan.
Gejala-gejala
- Kerongkong yang kering dan sakit
- Pengeluaran lendir yang cair
- Bersin.
- Hidung tersumbat.
- Sakit kepala.
- Demam yang ringan.
- Sakit badan.
- Mata berair.
Sebagai petua saya malam ni, kita ambil segelas air panas, bubuh la halia dan gula...kalau nak sedap sikit bubuhla uncang teh ke nescafe ke, then minum apabila suam..jangan minum panas2 kang terbakar lidah ooo...petua ni saya amal dah lama, dan masih berkesan pada saya...jadi jangan tunggu lagi cuba petua apabila terkena gejala selsema...selamat malam semua.
Tuesday, March 22, 2011
Bahasa kita
Tiba2 saya teringat mengenai cerita seorang kawan lama, katanya "kalau nak cari kawan di sesuatu tempat kena pandai bahasanya. Setujukah dengan pendapat kawan saya ini (huhuhu), sebenarnya ada hakikat sebenar di sebalik cerita ni. Kawan saya ni org Utara, dengan pelat Utara fuhh..meriah suasana. Dijadikan cerita, time kitaorang tengah dengar kuliah, timbul pula gurauan kawan saya ni. "Ko kalu nak pikat orang Klate kena cakap Klate," katanya. Saya ni orang Sabah, dah tentu lain cara cakapnya. hehehe..Kawan saya ni tryla cakap Klate dengan pelat Utara huhuhu tungganglanggang bunyinya, sampaikan member dari Klate dengar macam pelik je..Saya tak tahan perut, adooi la..lain sungguh bunyinya. Itu cerita kawan.
Yang ni pula cerita, dengan pensyarah. Kawan saya ni dari Sabah sedang membentang dalam tutorial..adakah patut pensyarah ni tegur kawan saya, "Kita bukan di Sabah bah, kita di Selangor bah." Macam tulah teguran pensyarah kami tu. Lepas tu kawan2 yang lain pun tertanya2, takkan la kita dok Johor, kena cakap Johor, dok Penang kena cakap Penang. huhu lalala...
Pentingnya bahasa adalah untuk komunikasi pelbagai hala..untuk menghubungkan sesama kita manusia. Walaupun saya seorang pendiam, tapi taklah tak bleh bercakap langsung..komunikasi kurang tapi yang penting dapat berhubung dengan orang la..kepada kawan2 lama kalu terbaca kisah ni, bah kenangan mengusik jiwa..hahaha

Monday, March 14, 2011
Hujan
Bertemu lagi malam ini, sejuk terasa sebab hujan..biasalah tu, tapi risau sebab banyak peristiwa yang tidak seronok untuk kita dengar. Kemalangan, bencana alam sudah menjadi lumrah. Bercakap kemalangan ni, saya pernah mengalaminya dan bersyukur sangat2 sebab masih selamat. Apabila memandu musim hujan, terutama kepada penunggang motor berhati-hatilah. Sebagai penunggang motor ni umpama buah timun lawan durian, melanggar pun teruk, dilanggar pun teruk. Kepada pemandu kereta, tolonglah pandang2 kiri kanan kereta mana tahu, sebab kekadang pemandu kereta tak nampak penunggang motor. Kesian pada penunggang motor, pernah saya semasa menunggang motor hujan2 suatu malam, dah lama dah kisah ni..adalah sebuah kereta nak keluar dari simpang, tapi entah lampu motor tak terang sangat kot, tapi yalah takkan pemandu kereta tak perasaan ada biasan lampu..(persoalan)..huhu..sekali kena kat hujung2 macam kena ekor lembu la mau tak terhuyung-hayang motor saya macam orang mabuk..kereta tu berhenti pula..barangkali terkezut..banyakla dia punya terkejut..nasib la tak ter'superman'..kalau tidak alamat la..untuk menghidupkan malam2 yang hujan renyai2 ni, saya tinggal anda semua dengan lagu Hujan oleh Arwah Sudirman..gd n8.
Thursday, March 10, 2011
Semalam/Kelmarin
Menjengah lagi di sini, harap semuanya dalam keadaan sejahtera.
Minggu ini menulis lembaran baru dalam hidup kami sekeluarga. Suatu hakikat yang manusia wajib tempuhi sekali dalam akhir hidup ini. Di mana putuslah hubungan semalam dan hari ini. Tiada Esok Bagi manusia yang melaluinya, hanya menunggu ketentuan-Nya di sana. Kami yang masih segar menghirup udara pasti akan Menanti Hari Esok lagi, dan yang pasti MAUT tidak akan lambat atau cepat, malah tepat. Selubung yang melanda keluarga kami adalah dengan pemergian Nenek yang dikasihi. Terasa cepat benar masa itu meniti di titiannya. Hidup yang ada diteruskan, namun tidak melupakan yang sudah tiada. Sampai jumpa lagi.
Monday, February 28, 2011
Tahun Lompat
Assalamualaikum wbt, selamat petang..
29 Februari adalah tarikh bagi tahun lompat setiap 4 tahun...patutla dalam seminggu ni asyik silap kira haribulan saja..kira2 sendiri tanpa rujuk kalendar pula tu...huhuhu..rupanya salah kira, tahun ni bukan tahun lompat. entah kenapa beria sangat nak tahun lompat, padahal sama saja tetapi ada keunikannya...dulu2 guru Geografi saya pernah cerita pasal tarikh tahun lompat ni, dia bagitau ada untung dan rugi lahir 29februari tahun lompat...kami tanya kenapa? dia jawab untung sebab usia seseorang tu dikira lambat..tetapi rugi dari segi fizikal sebab usia muda tapi wajah dan fizikal dah tua hehehe...adakah begitu...nasihat dia kalau dah ada anak lahir tarikh ni tukar la ke 28Feb atau 1Mac..jgn gatal tangan nak register tarikh 29 Feb kat S/B.
Kematangan seseorang terserlah melalui cara berfikir, yang menjadi persoalan, adakah kematangan seseorang dapat ditentukan daripada usia mahupun fizikal? Hmmm...soalan perah otak petang ini, sampai jumpa lagi :)
Wassalam..

Sunday, February 27, 2011
Malam 26.2.2011
salam bertemu lagi di malam ini, skali layan lagu Malam ni best juga..tp kalau tgk lagu ni dalam movie Kolej 56 lagi best..byk nostalgia malam ni...kalau time budak sekolah dulu2, malam2 hjg minggu ni lah seronok sebab takda kelas malam. masa tu boleh tgk tv, video ka..layan dgr radio secara curi2 ka hehehe...kalau dgr radio paling best segmen Pilihan Bersama Radio Muzik, mcm2 lagu boleh dgr...tambah2 lagi lagu permintaan dimainkan, wahahaha..manada layan lagu dgr dr hp mcm skg ni..payah la time tu, payah2 pun seronok juga bila dikenang2..dah dewasa ni pula hjg2 mggu tgk EPL live...huhu best tgk bola saja..kalau ada AF pun tak pernah layan daa program tu..dah tak hangat...lagipun baru dgr ceramah dr Ust Azhar Idrus tentang AF ni...kalau nak tahu kena lawat kat web mymaktabaty la...byk ceramah yg boleh mengisi jiwa rohani...apapun yang kita lakukan, selamat bermalam minggu..Assalam..
Saturday, February 19, 2011
Pagi
Sobahan- nur, selamat pagi...
mengenang kembali suasana pagi di Ranau, daerah kelahiran saya..ada perasaan yang tidak dapat disamakan dengan kata2, sejuknya, udara nyaman dan segar, embun pagi, kabus...bila mandi menggigil satu badan, hehehe..namun begitu, bila saya balik kampung ke Ranau ada kawan-kawan menyatakan Kinabalu tidak sesejuk dahulu..barangkali penyejuk Kinabalu sudah berkurangan...hmmm tak tahu camana nak gambarkan penyejuk tu...pernah terdengar orang-orang yang lebih berusia (byk pengalaman la katakan), sejak tembaga telah habis dikeluarkan dari isi bumi di kaki Kinabalu sejak itulah Kinabalu tidak sesejuk dahulu...bolehkah begitu? hehehe saya juga tidak dapat memahami bagaimana mereka dapat meneka perkara sebegitu, tp memang benar tembaga yang dikorek sudah habis, syarikatnya pun suda balik ke Jepun rasanya..yang tinggal hanya t**i tembaga hehehe jgn marah..
tapi pagi tadi saya tidak dpt menatap Kinabalu sebagaimana di awal2 usia saya ketika d Ranau, bangun pagi jalan sekitar rumah merenung Kinabalu..terasa macam boleh pegang saja tapi ia hanya pandangan mata, dan realitinya sebagai anak jati Ranau, saya tidak pernah sekalipun menjejak kaki ke puncak Kinabalu yang saya sayangi, hanya sempat bermain di kaki Kinabalu saja, mungkin suatu masa akan datang saya akan pasti menjejak kaki ke puncaknya..Sayang Kinabalu!

Friday, February 18, 2011
fikir-fikir
masa'al-khoir..slmt ptg...
masih memikirkan apakah yg nak saya catatkan pd ptg ini, hehehe sepatutnya fikir dulu sebelum buat,...bila bercakap tentang fikir dulu sebelum buat atau cakap, byk sebenarnya perkara2 yg terngiang, terlintas, terlihat dan ter ter ter..
pernah dulu saya terbaca kata2 hikmat dr kawan lama time2 study dulu...ringkas saja tp memberi saya inspirasi utk membuat tugasan kuliah, hehehe...TERKONO mungkin ni..
kata2nya "Plan your work, work your plan"...kerana byk benda dalam hidup kita ni kena plan/rancang..tak kira lah mcamana plan tu yg penting plan itu yg akan mencari hala tuju perjalanan hidup kita ni...kena ada fokus, kena ada sasaran...walaupun kadang2 tersasar tp masih ada sasaran..jgn tiada sasaran atau matlamat langsung...mcm nak berceramah pula, hehehe wah dah masuk sasaran ni...apapun semoga petang ini memberi kita nikmat istirehat sebaiknya...ilal-liqo'
Thursday, February 17, 2011
Assalamualaikum wbt
Saya selitkan doa ini moga-moga kita dapat mengamalkan dan memberi khabar kepada rakan taulan saudara mara...dan saya berharap dapat memulakan blog ini dengan jalan-jalan kebaikan...
Subscribe to:
Posts (Atom)