Siang tadi bertemu dengan kawan yang saya anggap sebagai Otai (orang lama), blh juga panggil bapa sebab hampir seusia bapa saya...pertemuan itu hanyalah kerana atas urusan pertolongan semata-mata, dalam rancak berbual mau hampir 2jam juga tu sebab terlampau banyak topik, dari pelajaran, tugasan kuliah, kisah-kisah lama di pejabat, sekolah, sampailah insurans, kisah orang sekitar, tapi paling saya ingat bagaimana mengelak 'termakan buatan orang'. Bahaya juga jika kita tidak berhati-hati dan bersiap siaga dengan ilmu, jadi Otai telah turunkan ilmunya tentang cara menangani bahana 'termakan buatan orang'.
Pesan beliau;
1. Baca Surah An-Naas (dengan yakin kepada Allah)
2. Di akhir ayat 'Min Syarril-was was sil-khonnas pada perkataan Khon- semasa hendak telan apa jua ditekankan sebutan 'Khon-' seperti berhenti sekejap dan sambung 'Naas'
3. InsyaAllah blh mengelak benda tersebut
Tapi beliau lebih menyarankan sekiranya telah 'termakan buatan orang' dan kita telah jatuh sakit, dimasukkan ke hospital, tetapi tiada kesembuhan jua, perlula kita cepat2 dan pantas mencari penawar kepada sakit tersebut.
p/s : Pada kita semua berhati-hati dan berwaspadalah kerana tidak semua orang akan sukakan perwatakan kita, tidak semua orang mampu menerima kehadiran kita, apa yang kita perlu lakukan ialah semoga Allah menerima ibadah dan taubat kita hendaknya, mudah-mudahan kita dijauhkan dari pelbagai kesulitan dan kejahatan manusia, yakinlah pada Qadha dan Qadar Allah.
No comments:
Post a Comment
ikan tenggiri ikan yu,
terima kasih thank you.