Pelbagai pendapat diutarakan tentang kenapa perlu tidur...(1) Ada yang mengatakan kita perlu tidur bagi merehatkan sistem badan; (2) Ada pula yang menjawab tidur sudah ter'function' dalam otak manusia jadi ikut saja; (3) Ada juga yang cakap 'mesti tidur untuk me'recharge'kan semula bateri(tenaga) manusia, macam handphone recharge by electric atau power bank (4) ada juga berpendapat kalau kurang tidur boleh mengurangkan jangka hayat...macam-macamla, rasanya semuanya betul.
Tapi kita semua memang perlukan rehat yang cukup maknanya tidur yang cukup, bukan terlebih tidur atau kurang tidur. Saya pernah mengalami Insomnia hampir 13 tahun dahulu. Payahnya mau tidur, mata ni terkulat-kulat memandang dinding...saya dapat simpulkan akibat tekanan pada ketika itu, tekanan belum dapat kerja tetap. Banyakla benda yang ada dalam kepala, kadang melintas dalam kepala, kadang terngiang-ngiang...Tapi lama kelamaan ia Insomnia ni hilang juga kerna sudah kerja, namun timbul pula penyakit lain iaitu penyakit terlebih tidur atau Hipersomnia.
Kalau merujuk keterangan -artikel utusan malaysia 4 Mac 2014 Hipersomnia ni disebabkan gejala (1)narcolepsy, (2)breathing related sleep disorder, (3)central sleep Apnea dan (4)perubahan gaya hidup; rasanya saya di gejala keempat. Zaman kerja di sebuah bank dan gaya hidup saya waktu itu memberi kesan terhadap tidur saya, memang menjejaskan prestasi kerja namun semuanya dapat juga saya tempuhi. Pada masa kini, alhamdulillah saya rasakan tidur saya kembali normal. Rupanya baru saya teringat pada waktu saya masih in boarding school@sekolah berasrama, saya selalu mengamalkan amalan sebelum tidur baca Ayat Kursi, Surah 3 Qul kemudian hembus seluruh badan dan niat untuk bangun, mudah-mudahan diizinkan-Nya.
Amalan sebelum tidur sebenarnya banyak, rujuk ke hadis Nabi dari Sahih Abu Daud:
2. Dari Aisyah r.a katanya : Nabi saw apabila hendak beranjak ke tempat tidurnya setiap malam, beliau menyatukan kedua tapak tangannya lalu meniupkan keduanya dan membacakan keduanya Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Kemudian beliau mengusap dengan keduanya bahagian mana sahaja semampunya. Beliau memulainya dari atas kepala dan wajahnya dan bahagian belakang dari badannya. Beliau melakukan perkara itu tiga kali.” [5056]rujukan pantas - http://koleksihadisnabi.blogspot.my/
Artikel tambahan Perihal Tidur
>Too much sleep can be as bad as too little - and may even shorten life, new research suggested today [ Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article]
>Lack of sleep can kill you faster: Researchers [ Read more:http://www.torontosun.com/news/columnist]
No comments:
Post a Comment
ikan tenggiri ikan yu,
terima kasih thank you.