Halaman

Monday, January 2, 2017

CERITA 00:00 2017

Pada malam ambang tahun baharu 2017, saya sedang berada di depan kaca tv menunggu siaran langsung perlawanan Kelab Manchester United berdepan Middlesborough. Di ketika itu, chanel 723 astro turut menayangkan filem popular Notting Hill lakonan Julia Roberts dan Hugh Grant. Saya memutuskan untuk merekod tayangan filem itu kerana tidak mahu terlepas aksi kelab Manchester United. 

Pengakhiran bagi kedua-dua siaran ini amat dramatik, Manchester United yang hampir kalah dapat menjaringkan gol pada minit 85 dan 86, seumpama menonton semula perlawanan Manchester United dan Bayern Munich final Champions League 1999. Aura kemenangan itu mengimbas kembali segala rasa yang tak terungkap kata. Kisah Notting Hill juga berakhir dengan sesuatu yang dramatis, penuh perasaan apabila Anna Scott memutuskan untuk bersama William Thacker dalam satu sesi temuramah wartawan yang agak berlainan suasananya berbanding dengan filem-filem romantis kebiasaan. 

Namun, mood-mood dramatik ini terganggu dengan ledakan sambutan tahun baharu 2017. Ia agak mengecewakan, kerana kita boleh menyambut tahun baharu tanpa mengganggu sesiapapun dan ini yang berlaku sepanjang malam itu. Ada sesetengah 'mereka' memukul gong bertalu-talu dalam tempoh yang agak lama, jam 00:00 bunyi hingga 00:41, tidak cukup itu 'mereka' menaiki motor sambil membawa gong dan memalunya lagi. Ditambah pula, konvoi bermotor sambil membunyikan hon-hon secara kuat amatlah tidak sopan, dan tidak menghormati privasi orang lain. Saya melihat percikan bunga api dan letupan mercun seperti kebiasaan dalam tempoh beberapa minit saja, selesai.

Apa pun, privasi dan perasaan perlu diambilkira apabila kita membuat sesuatu perkara yang mungkin kita rasakan hanya meraikan perayaan tetapi harus berpada agar tidak mengganggu. Sekadar pandangan.

Di saat 00:00 juga berlaku kenaikan harga minyak Diesel rm2.05 seliter / Ron95 rm2.10 seliter, dan pada kebiasaannya saya tidak berpusu-pusu ke stesen minyak walau sudah saya ketahui khabar kenaikan minyak, kerana pada hari-hari berikutnya kita terpaksa membeli minyak dengan harga yang baharu, nampaknya berubah lagi perancangan ekonomi keluarga bagi tahun 2017. Selamat Tahun Baru!


BERKUNJUNG KE KOTA

Pada haribulan 07 hingga 10/12/16 saya dan isteri berkunjung ke Putrajaya kerana menghadiri Konvo Sarjana yang diadakan di PICC. Alhamdulillah akhirnya saya menamatkan pengajian Sarjana dengan jayanya. Namun, ingin saya kongsikan pengalaman yang saya kira amat berguna bagi sesiapa yang ingin melakukan trip atau perjalanan tidak kiralah sama ada konvo, melancong atau urusan lain. Sebelum ke Putrajaya, saya telah membuat anggaran belanja perjalanan sepanjang kami berada di sana kerana saya hanya menggunakan perkhidmatan teksi. (terkecuali flight). Ia bermula dari :

7/12/16
1) Lok Kawi, Kinarut ke KKIA: RM45 TEKSI BERMETER
2) KLIA ke Tan Yaa Hotel, Cyberjaya: RM96 TEKSI KLIA

8/12/16
3) Tan Yaa Hotel, Cyberjaya ke UNITAR Kelana Jaya: RM44.20 (termasuk tol) GRABCAR
4) Kelana Jaya ke PWTC: RM28 TEKSI BERMETER
5) PWTC ke SOGO: RM15 TEKSI BERMETER
6) JLN. TAR ke Cyberjaya: RM65 (termasuk tol) TEKSI BERMETER

9/12/16
7) Cyberjaya ke PICC: RM15 TEKSI BERMETER
8) PICC ke Cyberjaya: RM 13 TEKSI BERMETER
9) Cyberjaya ke JLN. Masjid India: RM54 TEKSI BERMETER
10) JLN. Masjid India ke Cyberjaya: RM55 TEKSI BERMETER

10/12/16
11) Cyberjaya ke PICC: RM15 TEKSI BERMETER
12) PICC ke DPulze Cyberjaya: RM20 TEKSI BERMETER
13) DPulze ke Tan Yaa Cyberjaya: RM7 UBER CAR
14) Cyberjaya ke KLIA: RM55 TEKSI BERMETER
15) KKIA ke Lok Kawi: RM45 TEKSI KKIA

Bagi yang ingin menggunakan Grabcar atau Uber Car kita hanya perlu download apps dalam playstore dan ikuti cara penggunaan yang sangat2 mudah. dan jika berada di KL memerlukan teksi, boleh download EzCab di dalam playstore.

Wednesday, August 31, 2016

AMBANG MERDEKA!

Kelmarin, sambutan sempena Kemerdekaan Malaysia 31 Ogos (walaupun sejarah sebenar tertulis sebaliknya), namun atas semangat setiakawan dan penghayatan semangat Merdeka sesuatu yang dirancang diteruskan sebaiknya dan selayaknya. Antara aktiviti yang sempat dipotret dan dirakam agar anak-anak Merdeka merasakan kesatuan dan kesepaduan sesama masyarakat.


Thursday, August 11, 2016

Pengeluaran Pendidikan KWSP

Kita semua melalui sistem pendidikan negara bermula dari peringkat rendah hingga tertinggi. 7 @ 8 tahun di peringkat rendah, 5 @ 7 tahun di peringkat menengah dan peringkat tertinggi 3 hingga 5 tahun atau lebih. Alhamdulillah saya melalui kesemuanya dengan izin Ilahi, so pada 2013 saya telah berpeluang kembali menyambung pelajaran ke peringkat pjj Sarjana @ Master. Mula-mula banyak benda la yang kita fikir, boleh ka tidak melalui peringkat ini, sebab ada yang cakap susah dan macam-macamlah...akhirnya yang saya realize bahawa kehadiran kuliah; menyiapkan tugasan; menduduki exam sama pentingnya dengan MEMBAYAR YURAN...perit juga masa mula-mula, tau sajala yuran pengajian Sarjana ini memerlukan komitmen yang tinggi, akhirnya saya membuat keputusan mengeluarkan wang KWSP saya, untuk tujuan ini.

Langkahnya mudah:
#pergi ke kaunter KWSP dan mulakan soal jawab sehingga benar-benar faham dan pasti apa yang perlu anda lakukan.

atau boleh rujuk portal ini dan muaturun sekali pdf: http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/178612/Risalah_Pendidikan_April_2015.pdf <<= semuanya ada di sini.

*paling senang, minta pihak kewangan institusi pengajian anda sediakan Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar; di dalamnya segala maklumat kewangan dan yuran yang anda perlu jelaskan. Surat ini sangat PENTING. Sekiranya anda telah membayar yuran, anda juga boleh menuntut semula bayaran tersebut ke KWSP, hanya sediakan resit rasmi yuran dan juga Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar. 

Untuk rekod saya telahpun menggunakan kemudahan pengeluaran pendidikan KWSP sebanyak 3 kali kerana saya minta KWSP untuk membayar keseluruhan yuran untuk beberapa semester, tapi risikonya saya wajib lulus lah, maka usahakanlah hingga berbaloi.

terima kasih KWSP!



کاون - KAWAN

Lagu Kawan ini dipopularkan oleh kumpulan nasyid Firdaus dengan melodi yang pada pendapat saya evergreen; sedap didengar la katakan...namun saya nukilkan liriknya yang dikuasakan oleh sebuah perinsian online menukar teks jawi-rumi / rumi-jawi yang anda boleh dapati di sini http://www.jawi.ukm.my/...thanks coz very helpful, sebab malas nak buka jawi multikey. dan sebenarnya saya menukilkan lagu ini khas ditujukan buat kawan-kawan yang sudah berpindah tempat bertugas, atau di mana jua berada, asalkan kita KAWAN...

کاون برتاهون کيت برسام
باݢاي سمالم بارو برسوا
کاون ديهاداڤان اوه! اينداهڽا
کيت برسام برکلان
نامون کيت جاءوه دي دنيا سنديري
بکلن سنديري(سماڠت سنديري)
ايمڤين سنديري
مسکي ڤون جاءوه نامون کيت تتڤ برسام
ديک رواڠ يڠ مميسهکن کيت
کاون هيدوڤ اين اومڤام لاڠيت يڠ تيدق سلالو چره
کاون هيدوڤ اين باݢايکن اون يڠ تيدق سلالو ڤوتيه
ايڠاتلاه بينتڠ-بينتڠ دي لاڠيت
تقکن تروس برکليڤن
ايڠاتلاه ڤلاڠي يڠ اينده
ڤستي اکن هيلڠ
کاون برتاهون کيت برسام
باݢاي سمالم بارو برسوا
کاون ديهاداڤان اوه! اينداهڽا
کيت برسام برکلان
نامون کيت جاءوه دي دنيا سنديري
بکلن سنديري(سماڠت سنديري)
ايمڤين سنديري
مسکي ڤون جاءوه نامون کيت تتڤ برسام
ديک رواڠ يڠ مميسهکن کيت
کاون جاڠن بيارکان ديريمو
اومڤام راما-راما
 نامون اخيرڽا منجادي ڤرهياسن دي دينديڠ
کاون جاڠن بيارکان ديريمو
سڤرتي ليڤن دان کالا
بربيسا نامون اخيرڽا
منجادي ڤرهياسن دي ميجا توليس
اوه! کاون جاديله سڤرتي سي ماتاهاري
ممباکر ديري دمي انسان سجاݢت
اوه! کاون جاديله سڤرتي بولن ڤورنام
منرڠي مالم يڠ ݢلڤ ݢليتا
منونجوقکن جالن دمي اوممات سمستا
کاون برتاهون کيت برسام
باݢاي سمالم بارو برسوا
کاون ديهاداڤان اوه! اينداهڽا
کيت برسام برکلان
نامون کيت جاءوه دي دنيا سنديري
بکلن سنديري(سماڠت سنديري)
ايمڤين سنديري
مسکي ڤون جاءوه نامون کيت تتڤ برسام
ديک رواڠ يڠ مميسهکن کيت
اوه! کاون جاديله سڤرتي سي ماتاهاري
ممباکر ديري دمي انسان سجاݢت
اوه! کاون جاديله سڤرتي بولن ڤورنام
منرڠي مالم يڠ ݢلڤ ݢليتا
منونجوقکن جالن دمي اوممات سمستا

Namun, perlu juga disemak cara penulisan Jawi online ini kerana saya dapati terdapat perkataan yang perlu diperbaiki contohnya penulisan huruf Nya dan ada beberapa lagi perkataan yang saya fikir ada kesilapan. Tetapi perisian online ini sangat la membantu dan satu usaha yang baik, mudah-mudahan usaha membina perisian jawi online ini mendapat keberkahan Ilahi dan manfaat bagi kita semua, insyaAllah.

p/s: Buat semua Kawan, saya doakan kesejahteraan dan dilimpahi rezeki, dunia akhirat.. Amin

Sunday, July 31, 2016

Perihal TIDUR

Pelbagai pendapat diutarakan tentang kenapa perlu tidur...(1) Ada yang mengatakan kita perlu tidur bagi merehatkan sistem badan; (2) Ada pula yang menjawab tidur sudah ter'function' dalam otak manusia jadi ikut saja; (3) Ada juga yang cakap 'mesti tidur untuk me'recharge'kan semula bateri(tenaga) manusia, macam handphone recharge by electric atau power bank (4) ada juga berpendapat kalau kurang tidur boleh mengurangkan jangka hayat...macam-macamla, rasanya semuanya betul. 

Tapi kita semua memang perlukan rehat yang cukup maknanya tidur yang cukup, bukan terlebih tidur atau kurang tidur. Saya pernah mengalami Insomnia hampir 13 tahun dahulu. Payahnya mau tidur, mata ni terkulat-kulat memandang dinding...saya dapat simpulkan akibat tekanan pada ketika itu, tekanan belum dapat kerja tetap. Banyakla benda yang ada dalam kepala, kadang melintas dalam kepala, kadang terngiang-ngiang...Tapi lama kelamaan ia Insomnia ni hilang juga kerna sudah kerja, namun timbul pula penyakit lain iaitu penyakit terlebih tidur atau Hipersomnia. 

Kalau merujuk keterangan -artikel utusan malaysia 4 Mac 2014 Hipersomnia ni disebabkan gejala (1)narcolepsy, (2)breathing related sleep disorder, (3)central sleep Apnea dan (4)perubahan gaya hidup; rasanya saya di gejala keempat. Zaman kerja di sebuah bank dan gaya hidup saya waktu itu memberi kesan terhadap tidur saya, memang menjejaskan prestasi kerja namun semuanya dapat juga saya tempuhi. Pada masa kini, alhamdulillah saya rasakan tidur saya kembali normal. Rupanya baru saya teringat pada waktu saya masih in boarding school@sekolah berasrama, saya selalu mengamalkan amalan sebelum tidur baca Ayat Kursi, Surah 3 Qul kemudian hembus seluruh badan dan niat untuk bangun, mudah-mudahan diizinkan-Nya.  

Amalan sebelum tidur sebenarnya banyak, rujuk ke hadis Nabi dari Sahih Abu Daud:
2. Dari Aisyah r.a katanya : Nabi saw apabila hendak beranjak ke tempat tidurnya setiap malam, beliau menyatukan kedua tapak tangannya lalu meniupkan keduanya dan membacakan keduanya Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Kemudian beliau mengusap dengan keduanya bahagian mana sahaja semampunya. Beliau memulainya dari atas kepala dan wajahnya dan bahagian belakang dari badannya. Beliau melakukan perkara itu tiga kali.” [5056]
rujukan pantas - http://koleksihadisnabi.blogspot.my/

Artikel tambahan Perihal Tidur
>Too much sleep can be as bad as too little - and may even shorten life, new research suggested today [ Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article]
>Lack of sleep can kill you faster: Researchers [ Read more:http://www.torontosun.com/news/columnist]

Saturday, July 23, 2016

Juadah Raya: SUP KAMBING

Pada Rabu lalu, kami diminta untuk menyediakan juadah sambutan raya peringkat sekolah buat julung-julung kalinya secara besar-besaran. So, saya memilih untuk menyediakan Sup Kambing. Bahan-bahan bagi saya mudah, semudah menyediakan sup ini, yang susah time memotong saja.


Bahan 1. Daging Kambing yang dipotong mengikut kesesuaian, terpulanglah mau yang mana; beku atau segar, tapi saya lebih sarankan yang daging segar untuk mendapatkan kepuasan. Namun saya hanya menggunakan daging beku sebab tiada bekalan daging segar pada waktu ini. Penting: Petua Bagi menghilangkan bau hamis yang kadangkala sesetangah orang kurang berminat dengan daging kambing perahkan air lemon kemudian lurutkan hirisan lemon ke kepingan daging sebelum dipotong kecil bagi memudahkan kerja, kemudian biarkan selama 10-15 minit. Bersihkan daging kambing dengan air dan sedia dimasak.

Bahan 2. Bawang putih, bawang merah, bawang Bombay, bawang besar, halia dan serai. Tambahan terpenting: Perencah Sup! Kerja anda potong bawang ikut suka; dadu ka hirisan ka mana2 la yang penting dipotong. 

Peringkat seterusnya memasak: # Tuang minyak ke dalam belanga mini agak2 la; # Masukkan semua bahan ke2 yang telah dipotong / dihiris; # Naik bau, masukkan daging kambing, kacau hingga jadi keperangan; # Masukkan Perencah Sup agak2 juga & kacau hingga sebati; #Masukkan air seperti gambar di bawah, tunggu hingga masak.



Hasil setelah hampir Sejam dimasak.
Kebaikan daging kambing secara ringkas: (boleh rujuk banyak blog bagi mengetahui kebaikan daging kambing)
1. Baik untuk Jantung
2. Menguraikan kolestrol tepu
3. Mencegah kegemukan
4. Mencantikkan kulit
5. Baik untuk tulang


Tuesday, July 19, 2016

Pertemuan Di Hari Mulia

Setelah hampir 21 tahun, saya akhirnya menemukan sebuah lagu dari Kumpulan Nadamurni yang dipersembahkan oleh rakan-rakan semasa sambutan raya sekolah tahun 1995 (jika tak salah). 

                                                                    credit to Pejarl(youtube)

Pagi mengirim mentari
bergemisiklah suara takbir
kita bertemu dihari yang indah
setelah berpisah sekian lama
bara persengketaan kita musnahkan persahabatan
kita turutkan perasaan dan menyemai kebencian
dihari yang mulia mari bersyukur pada yang Esa
dapat bersama dihari yang indah
hari gembira penuh meriah hari raya

kita sambungkan kembali persahabatan yang telah lerai
kita suburkan dengan kasih sayang
kembali berbunga persaudararaan
kini lupakan segala dendam antara kita
mari cetuskan semua titian kemesraan
dikesempatan ini kita hulurkan kemaafan
kita mohonkan ampunan ilahi
untuk meraih keredhoan Nya
kita leburkan keegoan diri yang meracuni hati dan fikiran kita semua

Monday, July 18, 2016

CACTACEAE






Cactaceae adalah nama saintifik bagi kaktus. Jumaat lepas, rakan kepada isteri saya bermurah hati memberikan 10 potongan kaktus untuk ditanam di hotspot luar pagar rumah kami. Saya bukanlah seorang yang biasa bertani tetapi dengan bantuan www.google.com dapatlah saya menemukan beberapa cara yang boleh diaplikasi dalam penanaman kaktus ini. Oleh kerana, potongan kaktus ini semakin mengering, jadi saya ambil inisiatif untuk menanamnya petang tadi. "Kusangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang" selesai sahaja saya menanam potongan kaktus ini. Apa boleh buat musim hujan mungkin sedang dalam tempohnya sekarang, harap2 kaktus ni hidupla, sebagai fort cactaceae hotspot tersebut.

Throwback: Journals

Journals [23 Sept-5 March 2004]


While being in this [SLG - English Intensive Course], we have been asked to write a journal a day. Here, some of it:

Short-Tempered Person


Everyone knows what kinda person this is and usually people don't like the person and sometimes even hate the person but sometimes no one cares about the person; it means, minds our own business. so, if we have a friend or knows somebody who is a short-tempered why don't we help them through the right and light ways. it seems like Dr. Fadhilah Kamsah said a person like this is the same as a fire. The best way we help the person is, try to speak lightly and softly to the person. If the person is in his/her anger that couldn't manage don't ever try to increase the anger. Give them some advice like in Islamic religion, tell the person that " if the person can manage their anger, in the next life the person would have a reward from Allah". One reason, the most important is to pray to HIM to calm down and realize that why we as human can't be more patient? Right! Other ways, we have learnt that patient is the key to success, so if we are angry nothing will happen or nothing make things right but only fail, headache and heartache. Try to manage ourselves be calm and patient, it's better! 


Journal has a lot of meaning, example:
A personal record of occurrences, experiences; and reflections kept on a regular basis; a diary.

Sunday, July 17, 2016

SKIM LATIHAN GRADUAN

{Imbasan} Selepas tamat peperiksaan di Bangi, saya kembali ke Sabah pada April 2003. Sementara menunggu keputusan akhir pengajian dan samada saya layak dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda; So, saya ambil peluang tersebut untuk cuti-secuti-cutinya dari sebarang aktiviti pelajaran sehinggalah bulan Ogos tahun tersebut. Pucuk dicita ulam mendatang, rezeki untuk mengikuti Skim Latihan Graduan di Kolej Cosmopoint KK dalam Kursus Intensif Bahasa Inggeris, al-maklumlah my English is very poor. Tempoh kursus selama hampir 6 bulan [23 Sept hingga 5 Mac 2004] 

Impak kursus ini sangatlah baik:
  •  My English is much better than before
  • It help me in Writings - Speaking - Thinking
  • I've gained self-confidence
  • Importantly, it gave me strength through Interviews [which I have been employed by a bank]
  • *yang syok dapat elaun rm500 hehehe, tp mesti sain kehadiran kelas la 

Sincere Thanks to our Super Lecturer,
Ms Bernadette Tobi
& All Cosmopoint College Staff

Saturday, July 16, 2016

Bertemu dengan 'Otai'

Siang tadi bertemu dengan kawan yang saya anggap sebagai Otai (orang lama), blh juga panggil bapa sebab hampir seusia bapa saya...pertemuan itu hanyalah kerana atas urusan pertolongan semata-mata, dalam rancak berbual mau hampir 2jam juga tu sebab terlampau banyak topik, dari pelajaran, tugasan kuliah, kisah-kisah lama di pejabat, sekolah, sampailah insurans, kisah orang sekitar, tapi paling saya ingat bagaimana mengelak 'termakan buatan orang'. Bahaya juga jika kita tidak berhati-hati dan bersiap siaga dengan ilmu, jadi Otai telah turunkan ilmunya tentang cara menangani bahana 'termakan buatan orang'.

Pesan beliau;
1. Baca Surah An-Naas (dengan yakin kepada Allah)
2. Di akhir ayat 'Min Syarril-was was sil-khonnas pada perkataan Khon- semasa hendak telan apa jua ditekankan sebutan 'Khon-' seperti berhenti sekejap dan sambung 'Naas'
3. InsyaAllah blh mengelak benda tersebut

Tapi beliau lebih menyarankan sekiranya telah 'termakan buatan orang' dan kita telah jatuh sakit, dimasukkan ke hospital, tetapi tiada kesembuhan jua, perlula kita cepat2 dan pantas mencari penawar kepada sakit tersebut.

p/s : Pada kita semua berhati-hati dan berwaspadalah kerana tidak semua orang akan sukakan perwatakan kita, tidak semua orang mampu menerima kehadiran kita, apa yang kita perlu lakukan ialah semoga Allah menerima ibadah dan taubat kita hendaknya, mudah-mudahan kita dijauhkan dari pelbagai kesulitan dan kejahatan manusia, yakinlah pada Qadha dan Qadar Allah.

Nafas Orang Kota

Layan lagu lama dari Kumpulan UKAYS album Bisa Berbisa keluaran tahun 1994.


Credit to budakecik011 (youtube)

Antara group favourite, kerana banyak lagu kumpulan UKAYS yang bagus-bagus.

Tanggal 15 Julai

Setelah lama tidak mempedulikan blog ini, saya berharap dapat menulis semula. Pada tarikh ini bagi saya tersangat istimewa, kerna 8 tahun lalu saya akhirnya memikul tanggungjawab yang amat berat, namun segala-galanya dapat saya harungi bersama insan yang menjadi pelengkap dan peneman di saat susah senang (Isteriku)

Puisi Usman Awang bertajuk Kekasih juga dilagukan oleh Kopratasa. Kita hayati...

Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu

Akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu
akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu

Akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu

Akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu

Akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu

Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.

~Usman Awang

Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU

TERIMA KASIH, THANK YOU, SYUKRAN, PONSIKOU
  
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
 
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
 
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
 
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
 
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
 
USMAN AWANG 
1979


Thursday, April 18, 2013

17 of APRIL


yesterday was my 33rd 17 of april...
today is my 33rd 1day...
no one is more excited than me...
when its come through a year...
it'll be special...
those days turns to history...
today tomorrow who'll know...
but it'll be starting over again and again...  

Saturday, April 6, 2013

Yearning and Rememberance



Revisit what was once the main route  
while still working in KK ...
Tanjung Lipat - Likas Road. 
It recalls memories of riding 
a Honda EX5 motorcycle with license L...
and then sat facing the South China Sea 
that sometimes calm; sometimes violent; 
sometimes hot; and sometimes cold...
the best is while eating snacks.  
Now, many changes have alternately filled the beach,  
even more and more people. 
time to yearn and remember those days...

Retorik dan Analogi?


Hendak belayar ke Teluk Betong,
Sambil mencuba labuhkan pukat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Baik-baik memilih ikan,
Jangan terpilih ikan gelama;
Baik-baik memilih intan,
Jangan terpilih batu delima.
 
Orang hulu memalu nobat,
Nobat dipalu kayu berangan;
Fikir dahulu sebelum buat,
Kalau dibuat menyesal jangan.

Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur
 
Kalau tidak kelapa puan
Tidak puan kelapa bali
Kalau tidak pada tuan
Tidak tuan* siapa lagi?

al-Hijamah @ Cupping @ Berbekam


Assalamualaikum wbt

Cuti sekolah minggu yang sudah, kami sekeluarga berziarah ke Ranau kerana diadakan majlis pengubatan lahiriah dan batiniah khasnya. salah satunya BERBEKAM.

   Banyak hadis yang menjelaskan tentang berbekam ini antaranya;
“Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit” (Hadis riwayat At Thabrani)

Hakikatnya, ustaz Shahril yang menjalankan sesi pengubatan ini juga menjelaskan perkara serupa..dan banyak jugalah info2 serta tarbiyyah secara tidak langsung kepada keluarga ketika itu. al-hamdulillah semuanya berjalan dengan baik. saya banyak juga bertanya itu ini tentang bekam ni, secara tidak langsung jugala ustaz berkongsi dengan saya cara pengubatannya. nampak mudah tapi perlu ketelitian terutama sekali ketika membuat tusukan jarum, bukan main cucuk saja. perlu juga tahu tentang titik-titik urat dalam badan ni kalu tersilap boleh bengkak satu badan ni.

berdasarkan pemahaman saya, berbekam ni boleh dilakukan bila2 masa, tapi paling afdal semasa pertengahan bulan (jika salah tolong betulkan). sebab masa itulah darah toksik ni terkumpul dan boleh memudaratkan. berbekam juga tidak hanya untuk keluarkan darah toksik atau angin tapi boleh juga merawat pelbagai penyakit antaranya terkena sihir. antara yang mendapatkan khidmat bekam ini ialah adik saya, pakcik dan nenek. pakcik dan nenek hanyalah rawatan bekam biasa iaitu mengeluarkan darah toksik dan angin. cuma fokus rawatan adalah adik saya, dan ia memang terdapat sedikit perbezaan.

sedikit kesan dan hikmah berbekam yang sempat saya tanyakan pada ustaz.
  • rawatan gangguan sihir dan saka
  • menjaga kesihatan tubuh, 
  • menghilangkan keletihan dan  kelesuan 
  • meningkatkan daya tahan tubuh
  • membuang angin dalam badan
  • membuang darah yang mengandungi toksik
  • sakit-sakit sebelah bahu 
  • alergik makanan dan kembung perut
  • kolesterol dan masalah Jantung
  • migrain dan tension
  • stroke
Jika ada yang berminat mahu berbekam maka tetapkan niat, Insya Allah.

Tuesday, April 2, 2013

RANAU - TAMBUNAN






Cuti sekolah baru2 ini kami sekeluarga menziarahi Odu di Ranau. ada majlis sikit, tapi kecil2an saja. so, dalam perjalanan dari Tenom-Kgau-Tambunan-Ranau saya sempat rakam pemandangan sekitarnya. sejuk saja...nyaman.tapi dalam gambar memang ada beza sama yang kita tengok live..tempat ni kalu nda silap dekat2 sana Kg.Lagkau...sebab menyinggah lagi beli tuhau sama sambal belacan..cuma yang agak tidak menyenangkan hati, jalanrayanya masih perlu diperbaiki supaya pemanduan pun selamat..anyway, enjoy the nature.